Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

10 February 2010

Sampai Juga Nyawa & Umur Ku....!!!!

Setelah berkira2 dalam beberapa hari ni, Alhamdulillah akhirnye sampai juga umur ku ke-34.... Dan Alhamdulillah juga sekali lagi kepada Allah kerana memanjangkan umur hamba-Mu yang hina ini di dunia-Mu.....
Kad Rekod Persekolahan aku semasa darjah satu / baru masuk sekolah....
Walaupun kebelakangan ini kesihatan aku kurang memuaskan, itulah pemikiranku berputar2 tidak tentu arah.... Adakah sampai nyawa aku ke detik ini atau sebaliknye.... Cukupkah amalan ku kepada tuhan ku selama ini, capaikah matlamat aku untuk menjaga ibubapa ku sehingga akhir hayat ku, terbelakah nasib wife ku sekiranye aku tiada di dunia ini, langsaikah hutang2 ku di dunia ini sebelum aku ke dunia akhirat.... berpuas hatikah mereka2 di keliling ku tentang kehidupan ku dengan mereka.... bermacam2 lagi perkara yang masih berlegar2 di minda ku ini... Itu yang aku khuatirikan.....
Bersama Arwah datuk di Singapore, biskut yang menjadi kegemaran aku sehingga sekarang kalau korang tahulah.... Luar salut tepung dan tengahnye ada kacang manis....
Alhamdulillah, hari ini genaplah umur ku ke-34 tahun.... Tanggal 10 Februari 1976 aku dilahirkan di Jinjang, Kuala Lumpur.... Waktu pukul 2.43 petang.... Samada kat hospital atau di rumah aku tak pernah tanya kat mak aku.... Tapi aku rasa di hospital.... Nanti aku tanya mak aku lepas ni....
Aku yang dididik oleh bapa aku untuk smart sentiasa... Time ni berhari raya di Singapore setiap tahun...
Berbagai ragam aku telah lakukan, berbagai kerenah telah aku buat, ada yang menyenangkan hati dan juga ada yang menyusahkan hati orang.... Ada suka dan duka sepanjang hidup ku.... Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada aku, setakat ini aku lakukan dengan baik.... samada mencukupi atau tidak, itu ketentuan yang Maha Esa..... Sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, telah aku tanamkan sifat untuk menjaga keluarga sejak darjah 6 lagi... Itu yang diharapkan oleh bapa aku ketika itu....
Yang ni Wan aku pulak.... Kat Singapore juga... Kalau tak silap beberapa hari raya juga ni... Aku memang manja sangat dengan dia... Dah lama sungguh tak ke sana....
Walau pun aku jenis yang amat2 penyabar dan sukar sangat untuk marah, kadang2 tu kemarahan yang ku simpan ada tahapnye.... Aku jenis pemerhati dan mengamati kerenah orang, tidak suka untuk marah membuta tuli..... Sebab aku amalkan berfikiran secara rasional dan bertindak secara bijak bila sampai masa dan ketika....
Yang ni adik aku Azu.... Aku dengan dia mak aku kata kembar tahun.... Sebabnye kalau aku demam dia mesti demam juga... Sama juga situasinye kalau dia demam....
Aku suka melihat sandiwara orang keliling aku, untuk apa tujuan mereka aku sendiri tak faham.... Untuk tujuan menunjuk2 ker atau untuk membuat perbandingan bagi memuaskan hati mereka ke, itu aku sukar untuk memahaminye..... Adakah atas rasa cemburu atau dengki di dalam hati dengan apa yang aku ada, itupun aku malas nak fahami..... So, dari situ aku akan belajar untuk tidak melakukannye juga.... Yang baik aku jadikan contoh dan teladan untuk kehidupan ku, dan bagi yang tak tentu arah tu aku jadikan ikhtibar dan panduan aku untuk mengatur hidup aku agar perjalanan kehidupan ku lebih baik....
Time ni aku di Subang Airport.... Hantar arwah nenek (moyang sebenarnye) aku memunaikan Haji......
Aku bahagia dan senang dengan kehidupan aku sekarang..... Ibubapa aku dapat aku jaga, adik yang masih bersekolah dapat aku uruskan dan untuk wife aku, dapat aku berikan apa yang dia mahukan..... Cukup makan, cukup pakai dan memadai untuk aku mengharungi kehidupan aku ketika ini dan masa akan datang.... Kadang2 tu aku terfikir kata orang2 tua, bila kita memberikan tanggungjawab dan membela orang tua, rezeki dan pahala tu amat mudah untuk Allah berikan kepada kita....
Yang ni pulak sepupu aku di Kerling, Hulu Selangor..... Tak ingat siapa dia....
Maafkan aku kerana membuat entry kali ni panjang lebar tentang aku..... Mungkin korang bosan dengan cara aku memblog... Tapi aku suka bercerita dan aku selitkan dengan gambar2 supaya korang lebih memahami apa yang aku ceritakan..... Kalau ku letakkan gambar sahaja semata2, itu tak menggambarkan kisah yang sebenarnye.... mungkin cerita sebaliknye.... Kalau yang baik takpe....
Bersama dengan sepupu2 aku di kampung bapa aku Kerling, Hulu Selangor.... kalau korang tengok akulah yang paling smart bergaya....
Keluarga aku bukan dari golongan yang berada yang mampu mendapatkan apa yang dihajati, tetapi perlu berusaha bagi mendapatkan sesuatu.... Alhamdulillah dengan berkat doa dan berkat didikan ibubapa aku yang mementingkan pelajaran kepada anak2 walaupun mereka berdua tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi pelajaran amat penting bagi mereka supaya anak2 tidak akan menjadi seperti mereka.... Dengan tahap pendidikan yang aku ada, aku mudah untuk mendapatkan peluang2 kewangan tambahan dengan menggunakan segala apa yang dipelajari...
Ketika ni aku dengan mak aku... Time ni raya di Kuarters Jabatan Perhutanan Banting, Selangor....
Dalam blog ini, korang mungkin nampak aku sangat mudah berbelanja mendapatkan sesuatu .... Walhal hakikatnye aku akan berfikir berpuluh2 kali untuk membelinye.... Sebab wang bukan mudah untuk dicari..... Jadi bila aku dapat membelinye, ianya suatu kebanggaan dalam diri aku kerana aku telah mampu untuk mendapatkannye walaupun memerlukan masa.... Bukanlah niat aku untuk menunjuk2 tetapi suatu kebanggaan serta sesuatu yang akan aku kongsikan bersama dengan semua followers aku.... Dari situ follower2 aku boleh menjadikan entry aku ini sebagai rujukan tau panduan dalam mencari sesuatu.....
Apa2 pun aku bersyukur sekali ke Hadrat Illahi kerana ketika entry ini dibuat aku masih lagi bernyawa dan Allah masih memanjangkan nyawa aku setahun lagi.... Mungkin Allah mahukan aku melakukan tanggungjawab ku dan agar tidak mengabaikan keluarga ku lagi.... Insya-Allah aku akan pikul tanggungjawab ini selagi mereka masih ada..... Assalamualaikum.......
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...