Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

08 May 2009

Melepak Time... Di IKEA....

IKEA.... CURVE..... IKANO...... POPULAR....... Balik.......!!!

Aku..... dia..... dan Meetball IKEA....

Hari tu (4 Mei 2009 - Isnin) lepak time kejap dengan adik aku, anak buah aku dan makngahnya... Malas nak jalan jauh2 so lepak kat Curve dan Ikano.... Cari apa yang patut dan makan apa yang patut.... Adik aku sibuk nak makan meetball Ikea... apalagi jom lah.... Dari rumah aku ke Ikea taklah jauh sangat... dalam 15 minit dah sampai.... Keluar rumah pun dalam pukul 10.30 pagi.... ke Kota Damasara kejap, lepas tu terus ke Ikano dan Curve....

Adik aku tengah khusyuk menikmati apa yang dihayatkan.....

Sebelum makan tu, pergi kedai buku Popular di Ikano... adik aku nak cari buku untuk dibaca... aku kat bahagian majalah, biasalah belek2 majalah camera.... anak buah aku ikut Usunya kejap lepas tu ke makngahnya pulak.... Macam lalang.... lentuk sana lentuk sini.....

Makngahnya pun nak interframe juga.... makan je meetball tu......

Lepas tu aku ke Guardians nak cari alatan untuk buat dressing bapa aku.... kapas, pelekat, sarung tangan dan macam2 lagi keperluan yang wajib..... lepas tu baru pergi makan.... ehh... ehh... silap2.... aku makan dulu baru pergi cari benda2 tu.... silap...silap.... mentang2 perut dah kenyang....

Tak sampai sejam.... settle semuanya..... nasib baik tak pinggan2 sekali telan.... Yang paling licin sekali anak buah aku...... licin.....

Jalan2 kejap... sambil makan aiskrim IKEA... kalau nak tahu si Intan sampai 2 kali makan aiskrim..... lepas tu, tanya diaorang nak ke mana lepas ni..?? "Pakngah...., Intan nak baliklah.... malam nanti nak tengok Konsert AF...", anak buah aku kata nak balik.... dah penatlah tu.... pagi tadi aku dengar dia dengan Usunya cakap, nak pergi One Utama, nak tengok wayang.... bila perut dah kenyang semuanya bertukar.... padan muka korang....

Dah besar dah anak buah aku ni..... Intan ni dari kecik lagi aku jaga dia.... dah besar, tak kuasa aku nak jaga dah....

Dalam pukul 4.00 petang, kitaorang balik rumah.... sampai2 rumah, masing2 tukar baju dan terbongkang tidur tak ingat dunia.... ambik kau..... termasuklah aku.... sedar2 dah pukul 7.30 malam.... bangun2 dah Maghrib.......

07 May 2009

Ada Hadiah Ke ? Alamak Adalah....!!!

ALAMAK ADALAH HADIAH....!!!!

Notis Penghantaran POS LAJU....

Hari ini aku dapat hadiah dari seseorang.... aku rasa blogger popular hari tu.... sebenarnya ada kad pos laju sampai kat rumah aku pada 4 Mei 2009 hari tu, aku takde rumah so diaorang masukkan kad tu dalam peti surat aku kat bawah.... Pada esoknya aku pergi turun bawah check pos box... ehh.. ehh... ada pos lajulah...

Notis bertarikh 4 Mei 2009.... Tengok peti pos 5 Mei 2009.... Ambil pada 7 Mei 2009 akhirnya...
Memandangkan aku ada urusan di HUKM maka aku tangguhkan untuk mengambilnya.... Hari Khamis lah aku ambil.... Pagi2 lagi hari ni aku ke Menara TM ada urusan sikit... lepas tu hantar seseorang ke pejabat dan kemudiannya ke Pusat Pengambilan Pos Laju di Sg.Buloh.... Dah nak sampai dah kat Sg.Buloh aku pun keluarkanlah kad tersebut, tiba2 je kepala aku pening dan rasa nak marah... Bukan kat Sg.Buloh rupanya... sebenarnya kena ambil kat Glenmarie, Shah Alam.... Haaaa..aaaa.... buduh betul aku.... tak tengok betul2.... sebab selalunya kalau pos laju macam ni aku kena collect kat Sg.Buloh.... buduh...buduh....

Besar sungguh hantarannya..... Tak sangkalah pulak..... Seronok ni.....!!!

So, alang2 dah sampai Sg. Buloh, akupun ambil keputusan ikut jalan dalam untuk ke Shah Alam.... takdelah berapa jauh... jauh tak jauhlah... bernanah telinga.... tapi kerana seronok dapat something, ku gagahkan jua.... cewah..... rasa2 macam tahu je jalan ke sana.... tapi lokasi sebenar tak berapa pasti... so aku call Pos Laju, ok... terletak di belakang Politeknik Shah Alam.... Ya... aku dah tahu kat mana..... Sampai je terus ke kaunter, serah notis tunggu 10 minit diaorang panggil.... bagi diaorang ic, sain kat buku register... kemudian terima kasih encik... sama2.... Assalamualaikum.... Jumpa lagi....

Telah tiba di rumah dah..... Tunggu masa untuk buka je.... Sebelum tu tangkap gambar dulu untuk bukti hadiah dah sampai....

Tapi yang pasti hadiah dalam genggaman..... rasa tak sabar pun ada.... malas nak buka pun ada, biar ianya jadi supprise sampai bila2.... Bila digoncang macam mainan budak kecik je... tapi bunyi sekata.... musykil2.... Sampai rumah nantilah buka, dalam kereta nanti takut bersepah.... manalah tahu ada budak tu nak mendajalkan aku ke.... tapi aku tahu dia budak baik.... Insyaallah dia takkan buat macam tu....

Haaaaa.... Ini dia hadiahnya..... Apa tu...???

Yee... aku dapat Jigsaw Puzzle 1000 pieces..... Mati nak siapkan ni..... Boleh juga menghilangkan rasa bosan bila malam2 ni..... Terima kasih pengirim.....

Sampai rumah, aku rehat kejap... kemudian baru teringat nak buka hadiah tersebut.... Ok juga dapat hadiah, dapat juga menggembirakan aku di kala hati aku ni dalam kekusutan.... Sebelum tu aku tangkap gambar dulu sebelum dibuka... bukti penghantaran telah diterima dengan seadanya....

Jigsaw gambar pemandangan rumah kampung pengirim kot..... rasanye macam luar negeri ni....

Buka sikit2, tangkap gambar, buka sikit lagi aku tangkap gambar.... bila nak buka sampai habis ni....??? Aku dah agak dah, memang satu permainan.... Saiz 75 cm x 50 cm.... memang besar hadiah tu.... seperti yang dijanjikan... tapi bila dah siap nantilah.... baru jadi besar.... Tq... tq... Aku dapat Jigsaw Puzzle.... 1000 pieces lagi.... jenuh nak siapkan ni.... dulu pernah buat Mountain Everest 1000 pieces, tu pun makan masa 1 bulan nak siapkan.... yang ni mungkin cepat sikit kot sebab nampak senang....

Kiraan unit pecahan 1000 pieces untuk disiapkan x saiz 75 cm x 50 cm = 3 bulan baru siap.... lebar juga tu.... Insyaallah akan disiapkan....

Kepada blogger Wawa_Nadwa a.k.a misswawa.blogspot.com , terima kasih banyak diucapkan untuk hadiah yang tak pernah terlintas difikiran untuk awak bagi kepada saya.... Itu satu pengorbanan namanya.... Terima kasih sekali lagi...

06 May 2009

Hari Ini Yang Sibuk.... Giler....

.....Hari Yang Panik Bagi Aku Dan Keluarga......

Pagi bapa aku dimasukkan ke wad semula....

Pagi2 lagi dah keluar rumah untuk menuju ke HUKM.... bapa aku ada appointment dengan Klinik Surgeri pukul 9.00 pagi... lepas sahaja dari Klinik Surgeri tu nanti, terus ke Wad Surgeri 3 (Bahagian Urologi) pun ada appointment dengan wad tersebut.... Diaorang akan tahan bapa aku dalam wad tersebut untuk pemeriksaan tiub kencing dan sebagainya.... Itu jadual aku untuk hari ni sebenarnya....

Gambar kandid dari anak buah aku... Izzat... Time ni bapa aku lemah sangat....
Tapi semuanya tak berjalan dengan lancar, dari malam tadi lagi bapa aku sangat lemah, berdiri pun dia tak larat, makan pun kurang, minum pun sikit, dia kata dada dia sakit.... dan mula cakap yang bukan2... dia kata dia nak mati dah... mak aku dah risau dah, tapi aku elah2kan juga dan bergurau bagi ingatan dia ok semula.... tempat balutan luka dia pun ada kesan darah sikit.... pukul 12 lebih tu, dia tidur nyenyak... pagi tadi pukul 6.00 pagi macam biasa, mak aku nak bagi ubat harian dia tolak dan taknak makan... ubat dimasukkan dalam mulut pun dia tak telan, dia simpan sampai kembang.... mak aku dah panik....

Kesian bapa aku.... sekarang ni nurse tengah sibuk untuk memulihkan bapa aku.... seorang demi seorang doktor datang check bapa aku....

Mak kejutkan aku pagi tadi dan suruh tengok keadaan bapa aku, memang dia lemah sangat, nak berdiri pun tak boleh.... ambik keputusan untuk hantar terus bapa aku ke Wad Kecemasan HUKM terus.... Sampai di depan Bahagian Kecemasan, terus ambil wheel chair dari attanden HUKM dan angkat bapa aku dari dalam kereta ke wheel chair... Nasib baik kederat aku kuat... Bapa aku dibawa ke kaunter pemeriksaan terlebih dahulu bagaimana untuk menyelesaikan masalah bapa aku ni.... Nasihat dari pegawai perubatan tersebut, bapa aku perlu terus ke Klinik Surgeri (sepatutnya appointment pagi ni) dahulu... Sebab di sana nanti doktor pakar bapa aku akan membuat pemeriksaan lanjut, samada bapa aku akan diserapkan ke bahagian kecemasan atau ke mana yang patut.... Ok..... aku faham....

Tengah alihkan kain langsir.... Silau dan bahang matahari....

So, aku dan mak aku bawa bapa aku terus ke Klinik Surgeri seperti yang telah diarahkan.... manakala anak buah aku Izzat bawa kereta ke parking lot HUKM.... Sampai di Klinik Surgeri, buat pendaftaran dan ambil nombor giliran.... Angka giliran bapa aku time tu 4023, nombor giliran sekarang 4010 baru.... lagi 13 orang lama juga ni.... Bapa aku dah mula gelisah duduk atas wheel chair tu.... Alhamdullillah cepat juga nombor bertukar.... dalam 40 minit lepas tu, giliran bapa aku pula.... yang aku perasan semua yang datang hari ini mereka2 yang sama wad dengan bapa aku tempohari.....

Bapa aku telah pulih semula..... Kandungan gula dalam darah dia terlampau rendah....

Masuk sahaja bilik doktor tu, doktor tersebut merupakan doktor yang menjaga bapa aku semasa di wad hari tu.... memang kenal sangat.... punyalah ramah doktor tu, seronok bila dia tengok bapa aku, banyak perubahan... kalau tak silap aku doktor tu samada dari Tanah Arab atau dari Indonesia... Tak dapat dikenalpasti.... Pemeriksaan dibuat pada luka operation bapa aku, keadaan bagus cuma bendalir yang keluar dari badan bapa aku tu tak berapa baik sangat tapi ia tidak membawa masalah.... Cuma kenapa bapa aku hari ni dan malam semalam lemah sangat..... Satu keputusan dibuat di mana bapa aku akan dimasukkan ke Wad Surgeri 1 semula.... Wad Surgeri 1 pulak pada hari ni penuh, kena tunggu sampai ada kekosongan.... Jadi doktor suruh aku bawa bapa aku masuk Wad Surgeri 3 dahulu seperti dalam appointment Bahagian Urologi hari ni.... nanti diaorang akan refer untuk dimasukkan ke Wad Surgeri 1 pula.... Pendaftaran dibuat seperti biasa.... Maka bapa aku pun masuklah ke wad semula.... Dalam pukul 4.00 petang, datang satu team doktor pakar bapa aku dengan ketuanya sekali untuk membuat pemeriksaan lanjut.... dekat 7 orang.... so far bapa aku tiada masalah pada luka operation dia dan cuma esok perlu menjalani kerja2 scan (ultrasound, ct scan dan entah apa2 lagi scan....)....

Menjelang petang bapa aku pulih semula.... Air glukosa dah masuk 2 botol dalam badan.... Ubat pun dah diberikan.... Tapi masih lagi Hypo....

Masa dimasukkan ke dalam wad tadi, bapa aku lemah kerana kandungan gula dalam badan terlalu rendah... mula2 tu 2.5, kemudian 2.2, check lagi sekali 2.2, alamak apasal jadi macam tu.... staff nurse dan doktor kelang kabut berikan apa yang patut untuk stabilkan balik gula dalam darah bapa aku..... pukul 6.00 petang tadi, darah menunjukkan 4.4, tapi sebenarnya masih lagi rendah cuma ada peningkatan.... kemudian 6.30 petang staff nurse bertugas beritahu bapa aku boleh pindah Wad Surgeri 1... jadi senanglah diaorang nak monitor bapa aku di sana.... Jumpalah balik staff nurse yang lama hari tu.... dalam pukul 7.30 malam tadi aku dan Izzat balik.... mak aku tinggal malam ni jaga bapa aku.... Hantar Izzat dahulu di Damansara Damai kemudian bergerak ke Flora Damansara pula.....

Tengah menunggu untuk dipindahkan ke Wad Surgeri 1.... Pukul 6.30 petang baru dibawa pindah...

Sampai rumah, ada message masuk... mak aku miss call... apahal pulak ni.... penat belum lagi hilang.... kemudian mak aku call, dia bagitahu yang bapa aku hypo semula... bacaan gula dalam darah 1.5 je (tahap kritikal boleh pengsan dan sebagainya..), kali ni dia tak sedar dan meronta2 taknak staff nurse bagi ubat, mak aku kata dia nak lempang nurse tu dah.... aduhai.... last2 tu ada seorang nurse yang biasa dengan bapa aku pujuk untuk suntik ubat, barulah dia reda semula.... macam tu rupanya bila gula dalam darah kita rendah..... sekarang ni bapa aku dalam normal semula.... lega hati aku..... pesan kat mak aku kalau ada apa2 hal malam ni call terus aku.... jadi aku sekarang on stanby mode.....

02 May 2009

Emergency... Aku Jadi Doktor....

ENTRY KATEGORI 18SX & 18SG AMARAN DARI AKU : SILA ABAIKAN ENTRY INI SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHAN UNTUK MELIHAT APA YANG DIGAMBARKAN. UNTUK IBU MENGANDUNG DAN KANAK2 BAWAH UMUR DINASIHATKAN MENDAPATKAN KEBENARAN SUAMI DAN JUGA IBUBAPA SERTA PENJAGA TERDEKAT.

Aku terpaksa memblurkan gambar ini untuk mereka yang tidak tahan atau tidak sanggup melihat gambaran sebenar apa yang berlaku pada aku dan bapa aku....

Beginilah keadaan bapa aku selepas operation tempohari.... Luka operation masih terbuka... Tiub saluran bendalir dari dalam badan masih ada.... Aku buka semua balutan untuk buat dressing semula....

Pukul 9.00 malam, hari ni aku terpaksa menjadi doktor sambilan di rumah.... akibat dari tindakan bapa aku yang membuka tampalan balutan luka operation dia tempohari.... Bapa aku tengah tidur time tu, tangan dia merayau sendiri dan membuka balutan tersebut... mak aku punya menjerit bila masuk bilik, tengok2 semua kapas tampalan dah tertanggal... dan mengerikan bila bapa aku dah bawa keluar satu jenis kapas (Aquecel) yang disumbat ke dalam lubang luka operation dia... Kapas ni punyalah mahal, saiz baru 5x5 inci tapi harga RM22.00 sekeping.... Tapi amat berguna untuk mereka yang telah menjalani operation secara terbuka.... Bila dengan mak aku menjerit, aku pun terperanjat juga.... Apahal lah pulak ni... memang aku pernah tengok nurse2 HUKM buat dressing, tapi bila nak buat sendiri ni memanglah menggerunkan... nak pitam pun ada....

Bapa aku boleh senyum je bila kena marah dek mak aku.... mak aku dah panik sebenarnya.... Time ni dah lepas cuci dan bersihkan bahagian luka, tinggal nak tampal balutan sahaja lagi.... Nampak tak kapas mahal yang aku cakapkan, disumbatkan ke dalam luka yang masih terbuka.... masa masukkan kapas tulah detik paling mengerikan sebab kita kena masukkan dicelah antara luka tersebut.... erkkkkkkk..... ngeri kaki aku siot....

Tapi nak buat macamana, bila dah emergency terpaksalah juga memberanikan diri... Aduhai Allah je yang tahu aku punya perasaan.... bapa aku cakap time ditanya kenapa buka balutan, dia selamba je cakap "aku tak sedar, tangan merayap sendiri..."... Yelah nak buat macamana, time sakit macam2 boleh jadi.... Lepas tu bapa aku cakap lagi, "nanti ikatkan tangan abah ye, taknak bagi berjalan...". Aku cakap balik, "memang boleh ikat, tapi nanti kalau nak korek hidung, macamana?"... Dia terus sengeh sambil gelak je lepas tu.... Mak aku punyalah bebel time tu.....

Doktor Muzafar tengah merapikan tampalan balutan luka di bahagian drainage dahulu.... kemudian diikuti pada bahagian operation pula..... aduhai...... Tuhan sahaja yang tahu.....

Aku ikut macamana nurse HUKM buat semasa dressing... tapi tangan menggigillah juga bila nak sapu dan cuci di bahagian belahan luka.... eerrrkkk... ngerinya..... Jadi malam tu kitaorang adik beradik pakat berjaga malam untuk check bapa aku.... setiap 15 minit atau bila dengar bunyi katil terus check apa dia buat.... Mak aku dah tak larat nak berjaga, so aku suruh dia tidur, nanti tak pasal2 darah tinggi naik....

Happy Birthday.... Abah & Kuncu2nya...


SELAMAT HARI LAHIR UNTUK SEMUA2NYA.......

Kek topping buah.... sedap giler kek ni.... yang bagusnya, rasanya tak manis macam sesetengah kek....
Hari ni aku pakat dengan adik beradik aku untuk buat sambutan harijadi bapa aku.... yang ke-70 tahun.... selalunya tiap2 tahun aku akan buat untuk family yang lain sekali..... ada 5 orang dalam bulan April, so sambut biasanya pada tarikh birthday bapa aku iaitu 29 April.... Tapi tahun ni lambat sikit sebab bapa aku kena tahan wad 2 hari lepas.... sekarang ni dah ada kat rumah aku....
Selamat Harijadi Abah yang ke-70... Moga panjang umur dan diberikan kesihatan sepenuhnya lepas ni.... Dulu bapa aku ni garang gila.... tapi bila dia dah pencen, garang dia dah slow down... aku dengan adik perempuan selalu kena tali pinggang....
Mak aku niat buat pulut kuning untuk bapa aku dan ada seorang anak buah aku yang sibuk suruh Wannya buatkan bulan lepas.... tapi disebabkan bapa aku masuk HUKM, semua pulut dan sebagainya tergendala.... Yang aku beli kek buah, buat pulut dengan mak aku, tukang buat air (air sirap je, malas nak buat yg bukan2) wife masak kari untuk pulut, adik ke-2 aku beli kepak ayam, akak aku pun beli kepak ayam juga (sebab tak tanya dulu, punyalah banyak, tempat beli yang sama pulak tu...) sebab tak sempat nak buat macaroni cheese bakar dan 3 anak buah aku serta adik aku yang ke-4.... tukang melantak dan menghabiskan makanan yang masih ada.... Bagus juga ada mereka ni.... Taklah penuh peti ais....


Belum lagi adik-beradik aku sampai, bapa aku dah nak makan dulu.... So, layan bapa aku dulu.... kek dah depan mata dah.... dia kata nantilah potong kek.... badan masih lemah lagi, jadi lepas makan dia duduk kejap.... lepas tu nak masuk baring semula....


Ni mak aku dengan cucu kecik dia..... Mak aku penyokong bekas Perdana Menteri Thailand Taksin Shinawat.... pakai baju Thailand lagi....
Pukul 9.30 malam barulah semuanya sampai dengan hidangan masing2.... Sambutan biasa2 je, selalunya kitaorang buat kat kampung.... best sikit sebab mesti ada BBQ punya.... Aku akan jadi leader.... menu wajib : Ayam bakar, kambing panggang, kerang bakar, nasi impit (mak aku buat), mee rebus (adik aku masak), nasi goreng (beli je) dan macam2 lagi.... tahun ni sempoi je, semuanya beli....


Pakat ramai2, masuk bilik kacau bapa aku yang tengah berehat..... penuh bilik tetamu aku.... Apasal gambar tak cantik ni.... Pucat je....


Izzat tengah suapkan atoknya kek harijadi.... Bapa aku ni bukan suka sangat kek2 macam ni.... Tu pun pasal kek buah, mahu jugalah dia makan.... Kalau tak langsung dia taknak....

Bila semuanya dah makan dan minum dengan suka hati.... pakat ramai2 bawa kek birthday masuk bilik dan bergambar dengan bapa aku yang tengah baring.... takut je kek tu jatuh atas bapa aku, dahlah tu siap ada lilin sekali..... tak pasal2 kena panggil bomba lepas ni..... Jadi mereka2 yang terlibat untuk sambutan harijadi bagi bulan April dan termasuk bulan Mac hari tu pun menyibuklah atas katil bapa aku untuk sesi bergambar.... huru-hara jadinya tahun ni....


Nilah family aku, kalau bab bergambar memang handal diaorang ni..... Pantang nampak kamera, pasti ada sahaja posing masing2....


Senarai yang menyambut harijadi dari kiri : Makngah, Izzat, Azu, Anor dan sepatutnya ada bapa aku Haji Zainal dan bukan dalam senarai rasmi, Intan dan Melly (anak Azu)....

Kalau dalam bulan April, adik aku yang ke-4 nilah yang mula dulu harijadinya iaitu pada 11 April... Nama penuh Nur Hidayah a.k.a Anor @ Daia @ Usu.....


Yang ini pulak, adik perempuan aku nombor 3 - nama Zurina a.k.a Aju @ Mak Tam @ Petot...... tarikh lahir 14 April......

Yang ni pulak hero poyo family aku...... nama Muhamad Nur Izzat Rosli a.k.a Izzat @ Dat.... tarikh lahir dia 17 April...... Sekarang dia tengah gila kamera.....

Barisan mereka yang menyambut harijadi.... Pantang nampak kamera.... Nombor satunya yang tengah duduk di tengah.....
Izzat dengan makngahnya, nama penuh Norazlinawati a.k.a Iena @ Ienawati....... Makngahnya pulak tarikh lahir pada 15 April..... sehari selepas adik aku Aju.....

Adegan kekejaman terhadap kek..... sebenarnya tak sabar2 nak makan, dari tadi duduk depan keke je....
Ni aku dengan akak aku, nama Zailina a.k.a Lina..... Aku nombor dua, nama Muzafar Shah a.k.a Shah @ Muz.....

Yang tersengeh je kerja ni, anak buah aku yang pertama, nama Nur Intan Roslina a.k.a Intan @ Kuteh.... Dari kecik aku jaga dia sampai sekolah tadika..... Pagi2 hantar dia kat tadika di Jalan Ampang, siap dukung lagi....
Yang kecik ni, anak buah aku yang ke-3.... nama Raja Nur Emily Fareesna a.k.a Melly @ Adik...

Nilah anak2 akak aku..... Entah apa kenanya, dari dulu sikit2 nak lepak dengan pakngahnya.... sampailah dah besar pun macam tu.... anak buah aku cuma 3 orang je.... family aku tak besar.....
3 orang sepupu atau kupu2..... 2 dah besar dan seorang lagi tersesatlah pulak........

Ooo.... Lupa pulak, yang ni adik ipar aku, nama Raja Iskandar Syahrim Shah a.k.a Is..... suami si Aju..... bapa Emily..... Sekarang dia dah bertambah berat badan..... dulu punyalah slim.....
Bila perut dah kenyang, mata dah mula mengantuk..... Adik-beradik aku pun mula beransur balik ke rumah masing2.... Settle kemas rumah malam tu juga dalam pukul 2.00 pagi..... tu pun mata tak berapa mengantuk sangat, so aku labuhkan diri dengan mengupdate blog aku.... Dalam pukul 5.00 pagi baru aku masuk tidur.... Terlangsai juga hutang aku untuk adakan majlis ringan2 ni untuk bapa aku.... Minta2 pada Allah agar aku dapat buat sambutan di kampung pula di masa akan datang.... sebab mak aku, adik ipar aku dan abang ipar aku masih belum lagi samai tarikhnya.... Insya-Allah.... Harap2 dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... Amin.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...