Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

18 February 2024

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Part 2 : Finally My Tiger Is Coming Home

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Serahan Kunci Dan Bawa Pulang

Post dan Vlog kali ini untuk aku kongsikan dengan korang bagaimana proses Key Hand Over dan Serahan Document setelah buat pembayaran dan untuk ambik motor baru dibeli di pusat motosikal terkenal Triumph Malaysia Flagship Store di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.










1st Ride Couple Solo : Phatthalung Hatyai - Macam Sangkut Jer...!!!

PERCUBAAN MERENTAS SEMPADAN THAILAND

Lama tak bersiaran di blog ini. Harap masih ada yang masih setia di blogspot Mr.Chilabaey ni yer. Kali ni berkisah tentang perjalanan aku untuk percubaan merentas sempadan Malaysia Thailand di Bukit Kayu Hitam. Adakah aku lepas masuk atau sangkut di antara 2 sempadan. Korang saksikan vlog kali ini. Macam lepas dan macam tak lepas..

20 March 2022

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Part 1 : Serahan Kunci Dan Bawa Pulang..

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Serahan Kunci Dan Bawa Pulang


Post dan Vlog kali ini untuk aku kongsikan dengan korang bagaimana proses Key Hand Over dan Serahan Document setelah buat pembayaran dan untuk ambik motor baru dibeli di pusat motosikal terkenal Triumph Malaysia Flagship Store di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.


Triumph telah mengeluarkan model ini pada tahun 2021, cuma kau time tu takdelah bercadang untuk ambil motor jenama Triumph ni. Masa tu target aku untuk mendapatkan Benelli TRK 502X. Setelah pergi ke showroom Benelli di Seksyen 7, Shah Alam untuk test ride dan tengok sendiri macamana rupanya. Ternyata agak kecewa disebabkan perkara ini :

1. Berat Jentera  

Hampir 235 KG. Aku tak boleh nak tegakkan motor dengan mudah. Kena mengguna lebih tenaga. Dengan keadaan aku yang baru baik dari operation Slipdisc tahun lepas (April 2021) berkemungkinan akan menjejaskan pinggang aku lagi nanti. Itu belum lagi masuk pembonceng dan juga barang2 di dalam Top Box dan Side Box.

2. Kuasa Jentera

Dari segi kuasa @ CC jentera bagi aku tak berapa kisah sangat disebabkan aku minat design yang direkacipta hampir sama dengan BMW GS (Motor Idaman). CC yang ditawarkan pada TRK502X ni adalah 500CC. Cuma aku terfikir, dengan berat aku yang +/- 80kg ni, plus pillian +/- 60kg, plus barang lagi memang beban besar bagi moter tersebut. Dan dalam masa yang sama minyak akan sedut lebih. Itu pendapat akulah. Tapi keseluruhan berat tersebut sebenarnya bagus semasa ride sebab ia lebih stabil dalam kelajuan yang tinggi. 


Benelli TRK502X


Ini adalah Vlog semasa proses Key Handover dan serahan document dari pihak Triumph kepada customer.




Ini adalah sinopsis tentang kisah aku untuk mendapatkan Triumph Tiger 850 Sport 2022. Maaflah yer, kisah sedih, ngeri, gembira dan bersyukur aku kali ini panjang tentang motor idaman yang aku beli :

13 Nov 2021 - Tgk & test motor Benelli TRK502X di iCity Motor World, Seksyen 7, Shah Alam. Bapak berat motor tu. Belum tambah pillion lagi. Barang dalam box lagi. Nak tegakkan motor pun aku tak larat. Dahlah baru baik slipdisc. Kecewa juga hati time tu. Otak mula fikir survey motor lain pulak.

14 Nov 2021 - Ternampak 1 group motor Triumph tengok wayang di One Utama (CSR Triumph Malaysia - James Bond 007). Sebab ada motor Triumph yg digunakan dalam movie tu. Malam terus tengok website Triumph Malaysia. Sekali ternampak 1 model ni baru keluar. Kat FB pun lalu2 pulak motor ni, macam faham2 jer.

**Dalam minggu tu, macam2 jenis motor aku check dan tgk review org. Ada pro dan cons utk setiap pengeluar motor yg ada. Fedup dah rasa hati nak cari motor touring.

20 Nov 2021 - Buat keputusan utk pergi ke showroom tgk motor Triumph Tiger 850 Sport di Triumph Flagship Malaysia di Sek.13, Petaling Jaya. Balik buat kira budget dengan Menteri Belanjawan. 20 kali fikir. Masih tak berapa jelas lagi niat nak pakai Triumph, lari dari plan dan budget asal. Ini dah double budget dr Benelli ni.


Try duduk atas motor yang dicari.


Try pulak dengan wife pada motor demo. Sangat stabil walaupun berdua.


15 Dec 2021
- Try tanya nak jual Honda CBR250R pada company iMotobike melalui Whatapp tentang harga market dan offer dr mereka. Diaorang nak tengok motor dulu, harga yang ditawarkan pun tinggi banding kalau ditanya dalam group CBR250R. Kadang2 tak masuk akal.

21 Dec 2021 - iMotorbike buat Inspection motor, discuss harga semula & close deal. Tukar nama/thumb print dekat MyEg. Check akaun bank dah masuk ke belum. Dah masuk baru serah kunci dan geran. Bye2 Si Putih.

Hari last bersama CBR250R aku setelah urusan jualbeli selesai. Sedih weiii..


23 Dec 2021
- Whatapp seller Triumph Flagship PJ, bagitahu jadi beli dan nak buat booking, sekali stok untuk tahun 2021 habis. Kena tunggu 1st batch 2022 dr UK pada bulan Feb 2022. Alamak. !! Kecewa aku sebab lama lagi tu.. Hold dulu booking. Patah kaki dah ni.

**Hati dah tawar nak beli motor touring. Dekat 2 minggu masih lagi tercari2 dan tgk review orang motor mana yg baik utk aku dan dalam budget aku. Otak fikir nak pakai BMW GS lah (terus takde duit sakit nanti), Suzuki V-Strom 650 lah, Honda CB500x lah, Kawasaki Versys 650, KTM lah, tapi hati masih lagi ke Triumph Tiger 850 Sport. Hari2 masih tgk video motor tu walaupun dah tahu susah nak dapat.

22 Jan 2022 - Whatapp Triumph PJ sekali lagi tanya samada aku boleh confirm dapat untuk 1st Batch Feb 2022. Diaorang sendiri tak boleh janji sebab lebih 40 orang yang dah beri nama untuk model ni. Dan yang confirm motor aku nak akan dapat pada awal 2023. Lagilah aku kecewa. Takpelah aku bagi jer detail lengkap kalau2 ada rezeki dapat cepat. Kecewa lagi aku.

23 Jan 2022 - Try call Triumph JB pulak tanya ada stok ke tidak Tiger 850 Sport. Manalah tahu kalau diaorang ada quota. Jawapan yang aku boleh agak, tiada stok sebab diaorang pun tunggu info dari Triumph Flagship PJ.

25 Jan 2022 - 1 Kontena dari UK sampai ke Triumph Malaysia di PJ. Aku tengok jer kat Live FB Page Triumph Malaysia. Telan air liur jerlah. Nampaklah model motor yang aku nak tu di bawa keluar dan unboxing. Ada 12 unit jer untuk seluruh Malaysia bagi 1st Batch 2022 kali ni. Memang tak dapatlah jawabnya.

26 Jan 2022 - On the way ke office, ada Whatapp masuk. malas nak buka sebab tgh drive. Sampai office baru buka, seller Triumph kata berminat lagi ke dengan motor Tiger 850 Sport yang aku nak tu. Sebab ada yang cancel order, priority untuk yang bayar Cash dan yang dah lulus Loan Bank. Apa lagi lajulah aku kata SETUJU, lagi pulak colour yang aku nak iaitu Graphite Diablo Red. Diaorang minta copy IC dan beberapa detail lain tentang kaedah bayaran. Alhamdulillah syukur. Akhirnya doa aku dimakbulkan utk dapatkan motor tu. Memang menguji kesabaran sebenarnya. Sekali lagi aku ditunjukkan pentingnya utk bersabar. Happy giler aku.

31 Jan 2022 - Baru nak test ride betul2 di Damansara Perdana. Triumph Flagship Malaysia sendiri yang hantar motor ke tempat aku. Motor yang dibawa pun colour yang aku nak. Cantik sangatlah.

3 Feb 2022 - Minta seller bookingkan nombor plate motor di EBid JPJ Online. JPJ akan buat inspection PUSPAKOM pada 7 Feb next weeknya. Sebelum 7 Feb kena settlekan dulu bayaran pada Triumph Flagship Malaysia.

6 Feb 2022 - Dapat final quotation harga untuk Tiger 850 Sport. Harga dah siap tolak NCD (25%) dari motor lama. Maka esok paginya aku kena buat bayaran secara online.

8 Feb 2022 - Selama 2 minggu, runner akan BID nombor yang aku nak. 2 kali aku KALAH. BID tak cukup tinggi memanglah tak dapat.

16 Feb 2022 - Runner whatapp pagi buta bagitahu aku menang 1 nombor iaitu 7776. Alaaa aku nak nombor 776. Yang ni panjang sangat. Inform Triumph hold dulu register pada motor aku. Petang aku confirmkan balik. Pagi tu juga aku terus ke JPJ Wangsa Maju mencuba nasib berjumpa Pegawai JPJ kalau2 ada rezeki untuk nombor 776. Alhamdulillah pukul 11.45am dapat jumpa pegawai dan dapatlah akhirnya nombor yang aku nak walaupun ia tahun 2019. Tahun 2020 ada, tapi aku berkenan huruf tahun 2019. Huruf tak kisah sebab nak sama dengan nombor kereta. Info Triumph untuk register motor aku dengan nombor yang aku dapat pagi tu.

19 Feb 2022 - Off CCTV - Maka sampailah masanya untuk pickup dan bawa pulang My Red Devil Tiger (Triumph Tiger 850 Sport 2022). Memang rezeki aku Tahun Harimau Kalender Cina tahun ni.. Bulan kelahiran aku lagi. Kiranya menghadiahkan untuk diri sendiri pada umur 46 tahun. Alhamdulillah syukur.


Akhirnya motor idaman Triumph Tiger 850 Sport di dalam genggaman pada tarikh 19 February 2022. Insya Allah aku akan review dan kongsikan pengalaman mengemudi jentera terbaru aku tahun 2022 ini kepada korang pada next post dan vlog di channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.


13 March 2022

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Tempat Merbahaya. Intai Motor Kalau2 ...

TEMPAT PALING MERBAHAYA UNTUK DIKUNJUNGI.

Kebanyakkan showroom motor atau kereta memang antara tempat bahaya untuk dikunjungi. Sebab apa ? Sebab kat sini tempat kebanyakkan orang meracuni, teracun dan diracuni dan akhirnya padah pada diri sendiri.Hahahahaa...

Kisah dan vlog kali ini tentang aku ke showroom motorsikal Triumph Malaysia Flagship Store yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Ini kali kedua aku ke sini untuk kelihat dan melihat motor2 yang berkuasa besar yang dipamerkan. Mungkin yang  kenal brand ini dan ada juga yang pertama kali mendengar dan mengetahuinya. Kebanyakkan yang tak kenal akan terus teringat Brand ini merupakan brand seluar dalam dan bra wanita.. Hahahaha.. Brand motorsikal ini dah berkurun bertapak di muka bumi sebelum spender dan bra tu wujud.. Sabar jer lah yer.. Triumph ini merupakan jenama yang datangnya dari negara United Kingdoms (UK). Dan motor2 ini akan diimport terus dari UK dan dibawa terus ke Malaysia. Tiada kilang pemasangan di negara Malaysia dan juga negara2 lain. 

Maka sekiranya kita order atau booking motor jenama  Triumph ini, kita akan menunggu sehingga shipping sampai ke Malaysia pada tarikh2 tertentu. Dan untuk pengetahuan korang juga, kebiasaannya model2 yang hangat di pasaran atau model yang baru, pasti akan menunggu lama. Seperti model yang aku idamkan ini iaitu Triumph Tiger 850 Sport akan mengambil masa hampir 1 tahun untuk dapatkannya. 

Pada Disember 2021 sahaja yang telah booking lebih 40 nama seluruh Malaysia. Macam aku sendiri yang beru terhegeh2 nak booking pada Januari 2022 tempohari, seller cakap aku akan dapat paling cepat pada tahun depan iaitu tahun 2023. Maaakkk aiiii lama gile.. Kecewa aku.. Itulah yang dikatakan, sebab pengeluarannya sangat2 limited dan yang sampai ke Malaysia cuma dalam 12 unit untuk satu2 shipping sebab ia akan sampai sekali dengan model2 yang lain.  

So korang boleh saksikan vlog ringkas aku kali ini, samada aku berjaya menyelitkan nama dalam slot 1st Batch 2022 atau tidak, jawapannya ada di dalam vlog tersebut. Dalam masa yang sama aku akan paparkan macamana suasana di dalam showroom Triumph Malaysia Flagship Store di Petaling Jaya, Selangor ini. Harap korang boleh support channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel dan dalam masa yang sama terus untuk setia dengan blog aku Mr.Chilabaey's Spot ini. Terima kasih semua, jumpa lagi di lain post. 

Assalamualaikum.



Thumbnail vlog terbaru dari channel aku.


Saksikan Vlog ringkas di channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel.

03 March 2022

My CBR250R 2013 - Last Ride Bersama Mu. Pergilah Dengan Tenang.

Assalamualaikum semua yang mengenali Mr.Chilabaey. Lebih 6 tahun blog kesayangan aku ini bertapa atas kekangan keadaan sejak 6 tahun ini. Tetapi ribuan terima kasih juga buat mereka yang masih setia dan masih membaca coretan dalam blog ini. Mungkin aku akan mulakan semula atau biarkan sahaja mati berkubur walaupun ia masih bernyawa. Tak tahu lagi. 


Aku mulakan untuk tahun 2022 ini dengan sedikit coretan tentang dunia permotoran aku yang tak berapa nak motor ni. Korang boleh ke video di atas ini dan aku harapkan juga korang boleh support channel Youtube aku iaitu Mr.Chilabaey Channel. 


Korang boleh LIKE, COMMENT, SHARE dan pentingnya kotang SUBSCIBE channel aku sebagai tanda sokongan dan mengetahui perkembangan semasa aku di usia 64 tahun ini. Channel yang akan disediakan sebagai memori bagi family, sahabat2, rakan2, followers, subscibers dan buat semua yang mengenali diri ini sejak dulu lagi. Insya Allah. Moga kita jumpa lagi pada post akan datang.


03 February 2016

Selamat Tahun Baru 2016 Walaupun Dah Terlambat 2 Bulan....!!!


Assalamualaikum semua... Lama betul aku ternak labah2 kat blog ni rupanya... Kadang2 sedih pun ada bila teringat semula yang aku ni ada blog dan mempunyai followers yang tak berapa ramai ni... Kadang kala terasa macam nak tutup je blog ni dari tatapan umum... 

Tapi sayang sebab dah lama aku usahakan dan dulu inilah tempatnye aku meluahkan perasaan bila ada masalah dan tempat untuk berkongsi tentang kehidupan yang aku lalui.... Dengan adanya blog ini jugalah aku mendapat kata2 semangat dari korang semua untuk meneruskan kehidupan aku selama ini...

Mungkin aku akan cuba juga update atau akan active semula kerja2 memblog ni... Terlalu banyak yang nak ku kisahkan sebenarnye, sehingga tidak tahu yang mana satu yang hendak diluahkan dan diceritakan... Dan adakah blog ini masih releven dalam kehidupan korang yang menjadi pembaca setia aku atau silent reader aku selama ini... Aku sendiri pun tak tahu... 

Buat masa yang terluang ini, rasanye dah terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua followers, silent reader dan yang masih lagi setia dengan blog kesayangan aku ini iaitu Chilabaey's Spot...


05 November 2015

Setelah 5 Bulan, Akhirnye Ke Dewan Bedah Lagi....!!!!


Assalamualaikum semua followers... Hampir 5 bulan aku tinggalkan blog kesayangan aku ini bersawang... Bukan apa, cuma busy menguruskan mak aku yang sakit dan juga busy dengan kerja pejabat yang bertambah... Dan kebanyakkan masa aku luangkan dalam Facebook jer... Setelah 5 bulan dalam pemulihan dan rawatan susulan, akhirnye mak aku dipanggil semula untuk menjalani pembedahan susulan... 


3 Oktober 2015 - Daftar masuk ward di Ward Surgeri 5B, Hospital Sungai Buloh... Tengah menunggu katil kosong dari pesakit yang discharge hari tu...


Macam biasa bila dah masuk ward ni mulalah kena pasang drip di tangan... Tujuan senang nak masukkan air dan ubat... Rutin biasa bagi mereka yang dah biasa ke ward...



So hari tu juga mulalah mak aku puasa.... Persiapan untuk operate esok pagi... Dijadualkan pada pukul 8.30 pagi (4 Oktober 2015)... Time ni hati mak aku punyalah takut... Cuma satu jer pesan aku untuk mak aku time tu... Tujuan nak buat operation ni untuk sihat semula dan dapat menjalani kehidupan di dunia dengan family lagi dan yang pentingnye dapat beribadah semula takpa sebarang kekangan serta halangan kesihatan lagi lepas ini....


02 July 2015

Dugaan Di Dalam Family Ku Lagi... Moga Cepat Sembuh Mak....!!!


Salam Ramadhan semua... Lebih 2 bulan aku tinggalkan blog tak seberapa aku ni... Maaf beribu kemaafan... Sebenarnye family aku dalam keadaan tidak tenang... Emak aku terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di usus besar... Lebih sebulan di ward Hospital Sungai Buloh selepas bertarung nyawa selama 3 hari di ICU selepas pembedahan tersebut... Result dari ketumbuhan yang dibawa keluar tersebut sangat tidak memuaskan... 

Menurut doktor ia merupakan Kanser Usus Tahap 3.... Bagi aku itu semua adalah ketentuan Allah SWT... Dan penyakit tersebut aku abaikan diperingkat mana sekali pun... Mak aku Alhamdulillah dah pun keluar ward hampir 3 minggu.... Dan sekarang berada di rumah aku... Cuma rawatan susulan (kemoterapi) akan dibuat kelak... Keadaannye sekarang baik dan tidak lagi mengadu sakit di perut.... Tapi aku akan sibuk ke hospital 3 hari sekali menguruskan hal 'Dressing' @ cuci luka operation yang masih belum bercantum.... 

Doakan mak aku supaya kuat melawan penyakit dan mengharungi kehidupan seperti sediakala selepas ini... Harap jumpa lagi dilain entry yer... Barang siapa yang ada pengalaman tentang penyakit ini boleh e-mail terus ke aku di (muzshah_zainal@yahoo.com) atau di Facebook aku... 

Sekian terima kasih....


17 April 2015

Rindu Pulak Kat Kawan2 Di Rock Shop Hard Rock Kuta Bali.... Esok Beli Tiketlah...!!!


Assalamualaikum semua followers aku selama ini... Macam biasa blog mula berabuk dan bersawang... Sebabnye adalah kerana empunya blog bz dengan kerja harian dan mengharung liku2 hidup di dunia ini... Hahahahaaa... Cari alasanlah tuh... Padahal malas jer nak update.... 

Ternampak pulak gambar2 trip masa ke Bali awal tahun hari tu... Rindu pulak nak ke sana lagi untuk masa terdekat... Lagi2 rindu pada kawan2 di sana sebenarnye... Kawan2 dari Rock Shop Hard Rock Cafe di Kuta Bali... Takpe tiket dah beli untuk tahun depan, so tunggu jerlah.... Kalau rasa2 boring, mahu jugak beli tiket... Lepak sehari dua, lepas tu balik semula ke KL... Boleh kalau macama tu...??? Tumpang rumah member2 ni jer nanti... Hehehee...

Oklah setakat ini jer entry aku kali ini... Aku tengah nak fikir buat entry tentang trip ke Bali aku tahun ini... Sebab kali ni tempat yang dilawati berlainan dari tahun2 sebelum ini... Ok bye... :)


11 April 2015

Habis Aku Dikepit Dek Aweks Nguyen Vietnam.... Syookkk Siut.... Ergggh...!!!


Uisshhh lama sungguh tak update blog... Rasanye masih ada lagi ker yang still nak baca blog tak semenggah aku ni.... Terima kasih kiranye masih ada yang terjah blog ni yer... Sangat2 saya hargai... Makin hari makin buzy sebenarnye... Kalau dulu hari2 ada ajer yang nak dientrykan... 

Untuk entry kali ni tentang trip aku ke Ho Chi Minh City, Vietnam... Untuk kali pertama menjejak kaki, bagi aku agak menarik gak tempat ni... Terutamanye bagi perempuan yang suka shopping kain... Bagi aku, aku suka tempat dia dan penduduknye... Terbukti dalam gambar di atas ini... Hahahahaa... Kena kepit aku dek gadis2 Vietnam ni... Mungkin aku akan buat entry khas tentang trip ni... Insya Allah... Jumpa lagi guys....




28 February 2015

Jangan Jeles... Abam Chilabaey dan Abam Anuar Zain BerGoPro....!!!


Ingat perempuan ajer ker yang minat Anuar Zain... Aku antara salah seorangnye... Tapi takdelah sampai nak terjerit2 panggil Abang Nuar... Aku panggil abang jer dah... Dia tua dari aku so itu jer yang aku mampu panggil... Tapi dia memang jenis yang sangat Charming... Sebab tu ramai perempuan tergiler2 kan dia...


Sebenarnye takdelah nak rancang nak bergambar bagai... Time ni aku pergi tengok Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari di pawagam TGV One Utama... Mungkin korang hairankan tengok konsert kat pawagam.... Ini adalah sebahagian stategi pemasaran Anuar Zain... Sebelum ni konsert tersebut telah dibuat di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam... Konsert yang aku pergi tengok di Shah Alam tahun lepas tu diedit dan ditayangkan semula di pawagam... Dan merupakan artis pertama yang buat cara begini... Itu yang aku respect tu... Sebenarnye tengok di pawagam lagi puas dari tengok di stadium hari tu...



Masa dalam pawagam tu diwar2kan yang Anuar Zain akan datang untuk bagi speech... Rupa2nye betul dia datang dan adalah beberapa aktiviti yang dijalankan semasa dalam pawagam TGV tu... Dan akhir kata dari dia, dia akan berada di One Utama untuk sessi bertemu peminat dan jualan DVD, CD dan VCD Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari...



Habis jer menonton konsert tu, aku dengan wife terus ke Speedy Outlet untuk beli DVD dan CD... Sekali tengok ramai pulak yang tengah beratur... Ada apa? tak tahu lagi, rupa2nye Anuar Zain belum lagi mulakan sessi bertemu peminat... Dia tunggu konsert yang kiatorang tengok tadi habis... So siapa yang beli DVD, CD atau VCD konsert tersebut boleh jumpa dan minta tanda tangan pada item yang dibeli...



Apa lagi wife aku terus masuk barisan dan aku terus pergi beli cepat2... Ramai tak tahu pasal tu... So aku antara yang awal dalam barisan tersebut... Rezeki petang tu nak dapat jumpa secara live dan dapat bergambar... Agak puas hatilah jugak... Wife aku memang gilerkan Anuar Zain dari dulu... Aku pun dia tak pandang time tu... Hahahahaa...


Ini merupakan CD konsert tu dan DVDnye aku tak sempat nak snap gambar... So kesimpulan yang aku boleh rungkaikan tentang Anuar Zain ni ialah beliau memang artis yang superb dengan strategi mempromosikan bakatnye... Selain itu orangnye memang tidak sombong dan mesra pelanggan... Hahahhaa.... Sangat2 menghargai peminat tak kira masa... Senyumannye tak pernah lekang kalau bersama peminat dan suka berborak... 

Dengan aku hari tu siap berborak pasal GoPro lagi sebab dia baru ada GoPro kot... Dia kata, "GoPro is the best"... Aku kata, "Baru tahu ker...."  Hheheheheee... Oklah setakat ni ajer dulu yang dapat aku entrykan sebagai entry Sulong untuk tahun 2015 ni... Insya Allah entry2 lain akan menyusul... 


26 January 2015

Aku Tidak Keseorangan Di Dunia Ini... Insya Allah...


Dalam dunia ini aku bukan keseorangan... Dan jika bukan di dunia ini juga aku tidak bersendirian, sebab aku ada Allah SWT... Hanya samada dekat atau jauh sahaja yang membezakannye... Syukur dengan nikmat sementara yang diberikan di dunia ini... Yang kekal adalah alam akhirat... Insya Allah..


23 December 2014

Sekali Sekala Poyos Apa Salahne Kan....???!!!


Alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi di dunia ini... Syukur.... Dan dalam masa yang sama jugak, blog aku ni still hidup walaupun hidup segan mati tak mahu.... Heheheheee.... Apa2 pun salam perkenalan semula buat mereka yang masih baru mengenali Chilabaey's Spot ni... 

Salah satu blog yang dah lama jugak berada di dalam dunia maya ini... Syukur aku masih mengendalikannye walaupun sebulan sekali update... Bagi otai2 blogger lama, kebanyakkannye dah slow dalam dunia blogger ini... Termasuklah aku... 

Walaubagaimana pun, aku tetap sayang dan akan sentiasa menjaga dan mengupdate blog aku ini selagi mampu... Cerita banyak yang nak kongsikan tapi masa dan kemalasan untuk menaip nukilan yang terlintas di fikiran itulah menyebabkan blog ni bersarang dan berkulat... 

Oklah jumpa lagi next entry.... Bubai....

22 November 2014

Dulu Mat Rempit Berhemah, Sekarang Blogger Pemalas....!!! Boleh...???


Terjumpa pulak gambar lama semasa zaman merempit dulu... Kalau diingat semula, time ni tak sayang nyawa betullah... Oklah bye...




29 October 2014

Wah Hati Senang Tul Walaupun Blog Tak Update....!!!


Salam semua follower2, my silent reader dan sesiapa sajer yang terjah blog tak semenggah aku ni... Sorrylah sangat2 buzy dengan kehidupan harian... Tapi sempatlah jugak bercuti ke Bandung minggu lepas... Ke Bandung untuk kali ke-4... Nanti aku entrykan... Insya Allah... 

Belanja satu gambar untuk korang semua... Aktiviti office aku bulan lepas... Main ATV di Kemensah... Pun aku akan entrykan tak lama lagi.... Oklah itu jer buat masa ni... Entry untuk ATV nanti yer...  Doakan aku sihat2 dan rajin2 macam dulu yer... Insya Allah... 


15 October 2014

Jumpa Jugak Cucu Tokngah Di Ikano Power Centre...



Inilah dia cucu aku.... Cucu Tokngah dah besar dah... Cucu aku di alam maya @ Blogger... Itu jer yang mampu aku katakan.... Seronok giler dapat jumpa.... Nanti jumpa lagi Tokngah belanja kasut...




27 September 2014

Mahu Terbakar Mulut Nii...???!!! Korang Nak Ker...???


Cantikkan... Seksi, seni yang tinggi, silap2 terbakar mulut kalau salah setting... Hehehehee....




So sesiapa yang nakkan benda alah ni boleh contact aku di FB (private messege yer) nanti aku bagitahu siapa yang menjualnye secara direct... Sajer promote untuk mereka2 yang nak berhenti hisap rokok tembakau... 





Aku pun nak satu ni... Tapi tempahannye agak lama untuk dapat tapi sangat2 puas hati hasilnye dan finishing benda alah ni... Insya Allah... Yang dalam gambar ni, dah pakai lama dah...


22 September 2014

Lama Tak Lari... 10KM Done 2XU Compression Run 2014...


Alhamdulillah... Tahun ni dapat lagi join event larian 2XU COMPRESSION RUN MALAYSIA 2014... Kali ni anjuran 2XU Malaysia... Dan kali ni aku join untuk 10KM pulak... Semuanye berjalan lancar... 10KM untuk 1 jam 50 minit merupakan pencapaian buat diri aku jugak sebenarnye... Maklumlah saiz besar...


Time ni sebelum pelepasan semua peserta... Kategori aku 10KM pada pukul 6.00 pagi manakala 21KM pukul 5.00 pagi dan 5KM pukul 7.00 pagi..... Semua peserta badan memang sedap2 dan jenis kaki lari punya... Tapi semua tu dari pandangan mata kasar jer... Tapi kemampuan sebenar semasa kita berlari.... Ramai jugak yang tak mampu sepanjang larian... Badan slim tak semestinye stamina kuat... Aku Alhamdulillah dapatlah meneruskan larian sehingga garisan penamat...



Time ni dah nak balik yer, bukan berhenti kejap untuk ambik gambar.... Ni pun kebanyakkan peserta masih belum habiskan larian mereka... Masih ramai lagi sebenarnye...


Yang ni budak2 office aku... Receptionist di off, Ira namanye...


Ini geng lari dan panjat gunung aku... Kak Elle... Dia ni lari handal, berbasikal pun handal...



Yang budak India belakang tu pulak, budak akuan di office aku... Komathi namanye.... Dia memang laju bab larian2... Rajin berlarilah katakan...


Ini pulak budak2 dari Marketing... Arif Shah dengan Wei Meng... Arif ni dulu badan macam aku (cuma kecik sikit), tapi sekarang slim giler... Workout giler2... Try jugak nak dapatkan saiz macam dia sekarang.... 

Heheheheee.... Larian 2XU kali ni sekitar Kuala Lumpur.... Permulaan dan Penamat larian di Taman Botanik Taman Tasik Perdana... Gilerlah, awal2 lagi dah lari mendaki bukit.... Mula2 tu macam tak larat jer, tapi lepas jer 3KM mula semangat sampai dan kaki pun tengah sedap untuk berlari.... Tu yang dapat kejar masa yang aku target tu... Mula2 tu aku target habis lari dalam 2 jam 30 minit... Tapi aku setkan masa untuk 1KM aku kena habiskan dalam tempoh 13 minit... Semuanye berjalan lancar dan tak lebih pun 13 minit seKM... Antara 9-11 minit jer... 

So sekarang ni tengah menunggu Official Time dari 2XU dalam sehari dua lagi... Ker dah keluar hari ni.... Nanti aku check dan aku akan entry untuk korang.... Oklah lepas ni nak masuk event mana lagi tak tahu... Insya Allah moga diberikan semangat dan kekuatan untuk melakukan larian2 selepas ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...