Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

20 March 2022

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Part 1 : Serahan Kunci Dan Bawa Pulang..

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Serahan Kunci Dan Bawa Pulang


Post dan Vlog kali ini untuk aku kongsikan dengan korang bagaimana proses Key Hand Over dan Serahan Document setelah buat pembayaran dan untuk ambik motor baru dibeli di pusat motosikal terkenal Triumph Malaysia Flagship Store di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.


Triumph telah mengeluarkan model ini pada tahun 2021, cuma kau time tu takdelah bercadang untuk ambil motor jenama Triumph ni. Masa tu target aku untuk mendapatkan Benelli TRK 502X. Setelah pergi ke showroom Benelli di Seksyen 7, Shah Alam untuk test ride dan tengok sendiri macamana rupanya. Ternyata agak kecewa disebabkan perkara ini :

1. Berat Jentera  

Hampir 235 KG. Aku tak boleh nak tegakkan motor dengan mudah. Kena mengguna lebih tenaga. Dengan keadaan aku yang baru baik dari operation Slipdisc tahun lepas (April 2021) berkemungkinan akan menjejaskan pinggang aku lagi nanti. Itu belum lagi masuk pembonceng dan juga barang2 di dalam Top Box dan Side Box.

2. Kuasa Jentera

Dari segi kuasa @ CC jentera bagi aku tak berapa kisah sangat disebabkan aku minat design yang direkacipta hampir sama dengan BMW GS (Motor Idaman). CC yang ditawarkan pada TRK502X ni adalah 500CC. Cuma aku terfikir, dengan berat aku yang +/- 80kg ni, plus pillian +/- 60kg, plus barang lagi memang beban besar bagi moter tersebut. Dan dalam masa yang sama minyak akan sedut lebih. Itu pendapat akulah. Tapi keseluruhan berat tersebut sebenarnya bagus semasa ride sebab ia lebih stabil dalam kelajuan yang tinggi. 


Benelli TRK502X


Ini adalah Vlog semasa proses Key Handover dan serahan document dari pihak Triumph kepada customer.




Ini adalah sinopsis tentang kisah aku untuk mendapatkan Triumph Tiger 850 Sport 2022. Maaflah yer, kisah sedih, ngeri, gembira dan bersyukur aku kali ini panjang tentang motor idaman yang aku beli :

13 Nov 2021 - Tgk & test motor Benelli TRK502X di iCity Motor World, Seksyen 7, Shah Alam. Bapak berat motor tu. Belum tambah pillion lagi. Barang dalam box lagi. Nak tegakkan motor pun aku tak larat. Dahlah baru baik slipdisc. Kecewa juga hati time tu. Otak mula fikir survey motor lain pulak.

14 Nov 2021 - Ternampak 1 group motor Triumph tengok wayang di One Utama (CSR Triumph Malaysia - James Bond 007). Sebab ada motor Triumph yg digunakan dalam movie tu. Malam terus tengok website Triumph Malaysia. Sekali ternampak 1 model ni baru keluar. Kat FB pun lalu2 pulak motor ni, macam faham2 jer.

**Dalam minggu tu, macam2 jenis motor aku check dan tgk review org. Ada pro dan cons utk setiap pengeluar motor yg ada. Fedup dah rasa hati nak cari motor touring.

20 Nov 2021 - Buat keputusan utk pergi ke showroom tgk motor Triumph Tiger 850 Sport di Triumph Flagship Malaysia di Sek.13, Petaling Jaya. Balik buat kira budget dengan Menteri Belanjawan. 20 kali fikir. Masih tak berapa jelas lagi niat nak pakai Triumph, lari dari plan dan budget asal. Ini dah double budget dr Benelli ni.


Try duduk atas motor yang dicari.


Try pulak dengan wife pada motor demo. Sangat stabil walaupun berdua.


15 Dec 2021
- Try tanya nak jual Honda CBR250R pada company iMotobike melalui Whatapp tentang harga market dan offer dr mereka. Diaorang nak tengok motor dulu, harga yang ditawarkan pun tinggi banding kalau ditanya dalam group CBR250R. Kadang2 tak masuk akal.

21 Dec 2021 - iMotorbike buat Inspection motor, discuss harga semula & close deal. Tukar nama/thumb print dekat MyEg. Check akaun bank dah masuk ke belum. Dah masuk baru serah kunci dan geran. Bye2 Si Putih.

Hari last bersama CBR250R aku setelah urusan jualbeli selesai. Sedih weiii..


23 Dec 2021
- Whatapp seller Triumph Flagship PJ, bagitahu jadi beli dan nak buat booking, sekali stok untuk tahun 2021 habis. Kena tunggu 1st batch 2022 dr UK pada bulan Feb 2022. Alamak. !! Kecewa aku sebab lama lagi tu.. Hold dulu booking. Patah kaki dah ni.

**Hati dah tawar nak beli motor touring. Dekat 2 minggu masih lagi tercari2 dan tgk review orang motor mana yg baik utk aku dan dalam budget aku. Otak fikir nak pakai BMW GS lah (terus takde duit sakit nanti), Suzuki V-Strom 650 lah, Honda CB500x lah, Kawasaki Versys 650, KTM lah, tapi hati masih lagi ke Triumph Tiger 850 Sport. Hari2 masih tgk video motor tu walaupun dah tahu susah nak dapat.

22 Jan 2022 - Whatapp Triumph PJ sekali lagi tanya samada aku boleh confirm dapat untuk 1st Batch Feb 2022. Diaorang sendiri tak boleh janji sebab lebih 40 orang yang dah beri nama untuk model ni. Dan yang confirm motor aku nak akan dapat pada awal 2023. Lagilah aku kecewa. Takpelah aku bagi jer detail lengkap kalau2 ada rezeki dapat cepat. Kecewa lagi aku.

23 Jan 2022 - Try call Triumph JB pulak tanya ada stok ke tidak Tiger 850 Sport. Manalah tahu kalau diaorang ada quota. Jawapan yang aku boleh agak, tiada stok sebab diaorang pun tunggu info dari Triumph Flagship PJ.

25 Jan 2022 - 1 Kontena dari UK sampai ke Triumph Malaysia di PJ. Aku tengok jer kat Live FB Page Triumph Malaysia. Telan air liur jerlah. Nampaklah model motor yang aku nak tu di bawa keluar dan unboxing. Ada 12 unit jer untuk seluruh Malaysia bagi 1st Batch 2022 kali ni. Memang tak dapatlah jawabnya.

26 Jan 2022 - On the way ke office, ada Whatapp masuk. malas nak buka sebab tgh drive. Sampai office baru buka, seller Triumph kata berminat lagi ke dengan motor Tiger 850 Sport yang aku nak tu. Sebab ada yang cancel order, priority untuk yang bayar Cash dan yang dah lulus Loan Bank. Apa lagi lajulah aku kata SETUJU, lagi pulak colour yang aku nak iaitu Graphite Diablo Red. Diaorang minta copy IC dan beberapa detail lain tentang kaedah bayaran. Alhamdulillah syukur. Akhirnya doa aku dimakbulkan utk dapatkan motor tu. Memang menguji kesabaran sebenarnya. Sekali lagi aku ditunjukkan pentingnya utk bersabar. Happy giler aku.

31 Jan 2022 - Baru nak test ride betul2 di Damansara Perdana. Triumph Flagship Malaysia sendiri yang hantar motor ke tempat aku. Motor yang dibawa pun colour yang aku nak. Cantik sangatlah.

3 Feb 2022 - Minta seller bookingkan nombor plate motor di EBid JPJ Online. JPJ akan buat inspection PUSPAKOM pada 7 Feb next weeknya. Sebelum 7 Feb kena settlekan dulu bayaran pada Triumph Flagship Malaysia.

6 Feb 2022 - Dapat final quotation harga untuk Tiger 850 Sport. Harga dah siap tolak NCD (25%) dari motor lama. Maka esok paginya aku kena buat bayaran secara online.

8 Feb 2022 - Selama 2 minggu, runner akan BID nombor yang aku nak. 2 kali aku KALAH. BID tak cukup tinggi memanglah tak dapat.

16 Feb 2022 - Runner whatapp pagi buta bagitahu aku menang 1 nombor iaitu 7776. Alaaa aku nak nombor 776. Yang ni panjang sangat. Inform Triumph hold dulu register pada motor aku. Petang aku confirmkan balik. Pagi tu juga aku terus ke JPJ Wangsa Maju mencuba nasib berjumpa Pegawai JPJ kalau2 ada rezeki untuk nombor 776. Alhamdulillah pukul 11.45am dapat jumpa pegawai dan dapatlah akhirnya nombor yang aku nak walaupun ia tahun 2019. Tahun 2020 ada, tapi aku berkenan huruf tahun 2019. Huruf tak kisah sebab nak sama dengan nombor kereta. Info Triumph untuk register motor aku dengan nombor yang aku dapat pagi tu.

19 Feb 2022 - Off CCTV - Maka sampailah masanya untuk pickup dan bawa pulang My Red Devil Tiger (Triumph Tiger 850 Sport 2022). Memang rezeki aku Tahun Harimau Kalender Cina tahun ni.. Bulan kelahiran aku lagi. Kiranya menghadiahkan untuk diri sendiri pada umur 46 tahun. Alhamdulillah syukur.


Akhirnya motor idaman Triumph Tiger 850 Sport di dalam genggaman pada tarikh 19 February 2022. Insya Allah aku akan review dan kongsikan pengalaman mengemudi jentera terbaru aku tahun 2022 ini kepada korang pada next post dan vlog di channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...