Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

13 March 2022

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Tempat Merbahaya. Intai Motor Kalau2 ...

TEMPAT PALING MERBAHAYA UNTUK DIKUNJUNGI.

Kebanyakkan showroom motor atau kereta memang antara tempat bahaya untuk dikunjungi. Sebab apa ? Sebab kat sini tempat kebanyakkan orang meracuni, teracun dan diracuni dan akhirnya padah pada diri sendiri.Hahahahaa...

Kisah dan vlog kali ini tentang aku ke showroom motorsikal Triumph Malaysia Flagship Store yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Ini kali kedua aku ke sini untuk kelihat dan melihat motor2 yang berkuasa besar yang dipamerkan. Mungkin yang  kenal brand ini dan ada juga yang pertama kali mendengar dan mengetahuinya. Kebanyakkan yang tak kenal akan terus teringat Brand ini merupakan brand seluar dalam dan bra wanita.. Hahahaha.. Brand motorsikal ini dah berkurun bertapak di muka bumi sebelum spender dan bra tu wujud.. Sabar jer lah yer.. Triumph ini merupakan jenama yang datangnya dari negara United Kingdoms (UK). Dan motor2 ini akan diimport terus dari UK dan dibawa terus ke Malaysia. Tiada kilang pemasangan di negara Malaysia dan juga negara2 lain. 

Maka sekiranya kita order atau booking motor jenama  Triumph ini, kita akan menunggu sehingga shipping sampai ke Malaysia pada tarikh2 tertentu. Dan untuk pengetahuan korang juga, kebiasaannya model2 yang hangat di pasaran atau model yang baru, pasti akan menunggu lama. Seperti model yang aku idamkan ini iaitu Triumph Tiger 850 Sport akan mengambil masa hampir 1 tahun untuk dapatkannya. 

Pada Disember 2021 sahaja yang telah booking lebih 40 nama seluruh Malaysia. Macam aku sendiri yang beru terhegeh2 nak booking pada Januari 2022 tempohari, seller cakap aku akan dapat paling cepat pada tahun depan iaitu tahun 2023. Maaakkk aiiii lama gile.. Kecewa aku.. Itulah yang dikatakan, sebab pengeluarannya sangat2 limited dan yang sampai ke Malaysia cuma dalam 12 unit untuk satu2 shipping sebab ia akan sampai sekali dengan model2 yang lain.  

So korang boleh saksikan vlog ringkas aku kali ini, samada aku berjaya menyelitkan nama dalam slot 1st Batch 2022 atau tidak, jawapannya ada di dalam vlog tersebut. Dalam masa yang sama aku akan paparkan macamana suasana di dalam showroom Triumph Malaysia Flagship Store di Petaling Jaya, Selangor ini. Harap korang boleh support channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel dan dalam masa yang sama terus untuk setia dengan blog aku Mr.Chilabaey's Spot ini. Terima kasih semua, jumpa lagi di lain post. 

Assalamualaikum.



Thumbnail vlog terbaru dari channel aku.


Saksikan Vlog ringkas di channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...