Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

13 March 2022

Triumph Tiger 850 Sport Malaysia - Tempat Merbahaya. Intai Motor Kalau2 ...

TEMPAT PALING MERBAHAYA UNTUK DIKUNJUNGI.

Kebanyakkan showroom motor atau kereta memang antara tempat bahaya untuk dikunjungi. Sebab apa ? Sebab kat sini tempat kebanyakkan orang meracuni, teracun dan diracuni dan akhirnya padah pada diri sendiri.Hahahahaa...

Kisah dan vlog kali ini tentang aku ke showroom motorsikal Triumph Malaysia Flagship Store yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Ini kali kedua aku ke sini untuk kelihat dan melihat motor2 yang berkuasa besar yang dipamerkan. Mungkin yang  kenal brand ini dan ada juga yang pertama kali mendengar dan mengetahuinya. Kebanyakkan yang tak kenal akan terus teringat Brand ini merupakan brand seluar dalam dan bra wanita.. Hahahaha.. Brand motorsikal ini dah berkurun bertapak di muka bumi sebelum spender dan bra tu wujud.. Sabar jer lah yer.. Triumph ini merupakan jenama yang datangnya dari negara United Kingdoms (UK). Dan motor2 ini akan diimport terus dari UK dan dibawa terus ke Malaysia. Tiada kilang pemasangan di negara Malaysia dan juga negara2 lain. 

Maka sekiranya kita order atau booking motor jenama  Triumph ini, kita akan menunggu sehingga shipping sampai ke Malaysia pada tarikh2 tertentu. Dan untuk pengetahuan korang juga, kebiasaannya model2 yang hangat di pasaran atau model yang baru, pasti akan menunggu lama. Seperti model yang aku idamkan ini iaitu Triumph Tiger 850 Sport akan mengambil masa hampir 1 tahun untuk dapatkannya. 

Pada Disember 2021 sahaja yang telah booking lebih 40 nama seluruh Malaysia. Macam aku sendiri yang beru terhegeh2 nak booking pada Januari 2022 tempohari, seller cakap aku akan dapat paling cepat pada tahun depan iaitu tahun 2023. Maaakkk aiiii lama gile.. Kecewa aku.. Itulah yang dikatakan, sebab pengeluarannya sangat2 limited dan yang sampai ke Malaysia cuma dalam 12 unit untuk satu2 shipping sebab ia akan sampai sekali dengan model2 yang lain.  

So korang boleh saksikan vlog ringkas aku kali ini, samada aku berjaya menyelitkan nama dalam slot 1st Batch 2022 atau tidak, jawapannya ada di dalam vlog tersebut. Dalam masa yang sama aku akan paparkan macamana suasana di dalam showroom Triumph Malaysia Flagship Store di Petaling Jaya, Selangor ini. Harap korang boleh support channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel dan dalam masa yang sama terus untuk setia dengan blog aku Mr.Chilabaey's Spot ini. Terima kasih semua, jumpa lagi di lain post. 

Assalamualaikum.



Thumbnail vlog terbaru dari channel aku.


Saksikan Vlog ringkas di channel youtube aku Mr.Chilabaey Channel.

03 March 2022

My CBR250R 2013 - Last Ride Bersama Mu. Pergilah Dengan Tenang.

Assalamualaikum semua yang mengenali Mr.Chilabaey. Lebih 6 tahun blog kesayangan aku ini bertapa atas kekangan keadaan sejak 6 tahun ini. Tetapi ribuan terima kasih juga buat mereka yang masih setia dan masih membaca coretan dalam blog ini. Mungkin aku akan mulakan semula atau biarkan sahaja mati berkubur walaupun ia masih bernyawa. Tak tahu lagi. 


Aku mulakan untuk tahun 2022 ini dengan sedikit coretan tentang dunia permotoran aku yang tak berapa nak motor ni. Korang boleh ke video di atas ini dan aku harapkan juga korang boleh support channel Youtube aku iaitu Mr.Chilabaey Channel. 


Korang boleh LIKE, COMMENT, SHARE dan pentingnya kotang SUBSCIBE channel aku sebagai tanda sokongan dan mengetahui perkembangan semasa aku di usia 64 tahun ini. Channel yang akan disediakan sebagai memori bagi family, sahabat2, rakan2, followers, subscibers dan buat semua yang mengenali diri ini sejak dulu lagi. Insya Allah. Moga kita jumpa lagi pada post akan datang.


03 February 2016

Selamat Tahun Baru 2016 Walaupun Dah Terlambat 2 Bulan....!!!


Assalamualaikum semua... Lama betul aku ternak labah2 kat blog ni rupanya... Kadang2 sedih pun ada bila teringat semula yang aku ni ada blog dan mempunyai followers yang tak berapa ramai ni... Kadang kala terasa macam nak tutup je blog ni dari tatapan umum... 

Tapi sayang sebab dah lama aku usahakan dan dulu inilah tempatnye aku meluahkan perasaan bila ada masalah dan tempat untuk berkongsi tentang kehidupan yang aku lalui.... Dengan adanya blog ini jugalah aku mendapat kata2 semangat dari korang semua untuk meneruskan kehidupan aku selama ini...

Mungkin aku akan cuba juga update atau akan active semula kerja2 memblog ni... Terlalu banyak yang nak ku kisahkan sebenarnye, sehingga tidak tahu yang mana satu yang hendak diluahkan dan diceritakan... Dan adakah blog ini masih releven dalam kehidupan korang yang menjadi pembaca setia aku atau silent reader aku selama ini... Aku sendiri pun tak tahu... 

Buat masa yang terluang ini, rasanye dah terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua followers, silent reader dan yang masih lagi setia dengan blog kesayangan aku ini iaitu Chilabaey's Spot...


05 November 2015

Setelah 5 Bulan, Akhirnye Ke Dewan Bedah Lagi....!!!!


Assalamualaikum semua followers... Hampir 5 bulan aku tinggalkan blog kesayangan aku ini bersawang... Bukan apa, cuma busy menguruskan mak aku yang sakit dan juga busy dengan kerja pejabat yang bertambah... Dan kebanyakkan masa aku luangkan dalam Facebook jer... Setelah 5 bulan dalam pemulihan dan rawatan susulan, akhirnye mak aku dipanggil semula untuk menjalani pembedahan susulan... 


3 Oktober 2015 - Daftar masuk ward di Ward Surgeri 5B, Hospital Sungai Buloh... Tengah menunggu katil kosong dari pesakit yang discharge hari tu...


Macam biasa bila dah masuk ward ni mulalah kena pasang drip di tangan... Tujuan senang nak masukkan air dan ubat... Rutin biasa bagi mereka yang dah biasa ke ward...



So hari tu juga mulalah mak aku puasa.... Persiapan untuk operate esok pagi... Dijadualkan pada pukul 8.30 pagi (4 Oktober 2015)... Time ni hati mak aku punyalah takut... Cuma satu jer pesan aku untuk mak aku time tu... Tujuan nak buat operation ni untuk sihat semula dan dapat menjalani kehidupan di dunia dengan family lagi dan yang pentingnye dapat beribadah semula takpa sebarang kekangan serta halangan kesihatan lagi lepas ini....


02 July 2015

Dugaan Di Dalam Family Ku Lagi... Moga Cepat Sembuh Mak....!!!


Salam Ramadhan semua... Lebih 2 bulan aku tinggalkan blog tak seberapa aku ni... Maaf beribu kemaafan... Sebenarnye family aku dalam keadaan tidak tenang... Emak aku terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di usus besar... Lebih sebulan di ward Hospital Sungai Buloh selepas bertarung nyawa selama 3 hari di ICU selepas pembedahan tersebut... Result dari ketumbuhan yang dibawa keluar tersebut sangat tidak memuaskan... 

Menurut doktor ia merupakan Kanser Usus Tahap 3.... Bagi aku itu semua adalah ketentuan Allah SWT... Dan penyakit tersebut aku abaikan diperingkat mana sekali pun... Mak aku Alhamdulillah dah pun keluar ward hampir 3 minggu.... Dan sekarang berada di rumah aku... Cuma rawatan susulan (kemoterapi) akan dibuat kelak... Keadaannye sekarang baik dan tidak lagi mengadu sakit di perut.... Tapi aku akan sibuk ke hospital 3 hari sekali menguruskan hal 'Dressing' @ cuci luka operation yang masih belum bercantum.... 

Doakan mak aku supaya kuat melawan penyakit dan mengharungi kehidupan seperti sediakala selepas ini... Harap jumpa lagi dilain entry yer... Barang siapa yang ada pengalaman tentang penyakit ini boleh e-mail terus ke aku di (muzshah_zainal@yahoo.com) atau di Facebook aku... 

Sekian terima kasih....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...