Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

18 April 2011

Perkara Kedua Yang Aku Lakukan Lepas JPN.....!!!!


Memandangkan arwah abah aku seorang Pesara Kerajaan Malaysia.... Perkara kedua yang perlu disettlekan adalah declared kepada Unit Pencen di Jabatan Perkhidmatan Awam... Kali ini pejabat tersebut di Putrajaya.... So pada Isnin (11 April 2011) lalu, aku dengan mak aku ke sana untuk menguruskan hal2 pencen arwah abah aku pulak... Seperti yang kita ketahui, sekiranya seseorang ahli itu  meninggal, maka suami atau isteri si mati akan mendapat pencen bulanan seperti biasa... Cuma perlu pergi Unit Pencen JPA untuk memberitahu dan mendaftar.... 


Segala dokumen2 penting perlu dibawa seperti salinan Sijil Kematian, Surat Nikah, Kad Pengenalan penerima, Kad Pesara arwah abah, Gambar yang akan menerima pencen, Buku Akaun penerima dan beberapa dokumen lain... Sesalinan borang perlu diisi dan kad penerimaan permohonan akan diberikan kepada kita menandakan permohonan tersebut telah diterima dan disahkan.... 

Alhamdulillah segala urusan tersebut selesai.... Cuma ketika urusan tersebut dijalankan, aku terlupa nak bawa Surat Nikah mak aku jer, tapi pegawai yang bertugas sangat bertanggungjawab dan prihatin dengan keadaan tersebut, so dia minta aku faxkan sahaja Surat Nikah tersebut esoknye.... So tak perlu aku nak ke Putrajaya lagi.... 

Dah selesai urusan penting sekarang ni, tinggal urusan hartanah abah aku sahaja sekarang... Urusan yang tak sempat dilakukan semasa hayatnye.... Lepas ni urusan yang akan melibatkan lawyer2 pulak....

____ AL-FATIHAH____


2 comments:

ardinihumaira said...

Al-fatihah

Chilabaey's Spot 2 said...

To: ardinihumaira....

Al-Fatihah.... Thanks yer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...