Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

23 October 2012

Trip To Bali Day 2 - Barong & Keris Dance di Batubulan, Bali... Teruja...


Day 2 : Bali, Indonesia (11 Oktober 2012)
Acara : Barong & Keris Dance
Tempat : Batubulan, Bali, Indonesia

Dari hotel di Kuta, Bali... Kami dibawa ke Batubulan untuk menyaksikan Barong & Keris Dance... Kat sinilah perjalanan kami bermula... Dan di sinilah buat pertama kalinye kami diperkenalkan dengan struktur bangunan masyarakat Balinese yang penuh dengan kesenian pada setiap inci pembinaannye... Terasa macam berada di dunia lain pun ada... Macam kita tengok Ong Bak 3 tu...



Kawasan ini juga merupakan sebuah temple bagi masyarakat Bali... So untuk menarik pelancong untuk datang ke kepulauan Bali ini maka banyaklah temple2 atau mana2 bangunan2 lama dijadikan tempat kebudayaan dan pelancongan...

Time ni tengah menunggu kemunculan watak2 dalam Barong Dance ni... Dalam masa yang sama, muzik tradisional dari pemuzik gamelan turut dimainkan secara live...


Akhirnye persembahan dimulakan... Nahhhh....!!! Inilah yang dimaksudkan dengan Barong... Sejenis binatang purba zaman dahulu kala mengikut kepercayaan masyarakat Bali...


Alaaaa macam Tarian Singa di Malaysia... Tetapi yang ini lebih seni dalam tariannye... Walaupun berat benda alah ni tapi tarian yang dipaparkan amatlah cantik mengikut muzik yang dialunkan...


Kalau perasan dari gambar di atas sebelum ni, kepala Barong ni telah diturunkan... Sebelum ini di bahagian atas..



Dalam persembahan ini, ianye menerangkan tentang kisah purba masyarakat Bali... Ada Barong, ada Puteri Raja, ada pengikut Istana dan pelbagai lagi... Kalau aku nak cerita nanti, mahu esok baru selesai...


Ini merupakan pengikut2 istana dan juga dalam persembahan ini boleh dikatakan sebagai pencerita a.k.a pelawak... Mereka inilah yang menghuru-hara dan menggamatkan pentas tersebut... Sekejap serius, sekejap melawak... Aduiii...


Bukan seorang jer pulak tu, yang gemuk tu kepalanye dan seorang lagi tu partnernye tapi bodoh2 alang.... Lawak jugak... Bahasa yang disampaikan pulak bercampur2 bersesuaian dengan pelancong yang hadir... 



Pelbagai watak yang dipercayai sebagai dewa-dewi bagi masyarakat Bali...


Dari ramai2 watak, ini seorang jer aweks yang lawa... Yang lain2 tu biasa2 ajer... Tapi wataknye sekejap sangat... Keluar pun di hujung2 cerita... Barulah cerah sikit mata.... Hehehehehe....


Ini bukan pelakon atau watak dalam persembahan tersebut yer... Ini wife aku... Hehehehe... 


Selepas sahaja bersembahan, kita boleh merayau di dalam perkarangan temple ini... Nak bergambar dengan watak2 tadi ker, bangunan sekitar ker tapi jangan pergi sembahyang kat temple ni sudah... Belakang tu merupakan pintu masuk ke dalam temple tersebut... Tak dibenarkan untuk pelancong luar masuk...

Oklah, selesai sudah tempat pertama... Lepas ni banyak sangat tempat yang aku dengan wife pergi... Semua ini telah dijadualkan oleh my tourist guide... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...