Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

05 January 2010

Tugasan Photography Aku....

Banyak sebenarnye entry yang pending dalam check list aku ni.... Sebabnye aku terlalu sibuk sepanjang minggu lepas dan juga minggu sebelumnye.... Banyak juga tugasan part time, aku kena settlekan.... Sabtu Ahad setiap minggu pasti ada jer kerja yang aku kena settlekan... Salah satunye tugasan photographer aku.... Majlis berlangsung pada 26 Disember 2009 lalu, dah lama sebenarnye aku tak buat untuk event2 dan keramaian.... busy dengan kerja lain.... Kali ni aku ambil juga sebab yang minta tolong tu member aku selaku boss aku.... Nak tak nak, ambil jugalah memandangkan event tu sekejap jer dan melibatkan artis tanahair....
Aku pun sebenarnye takleh nak war2 sangat tentang tugasan aku ni.... memandangkan ianya baru pra pelancaran untuk suatu produk wangian dari salah seorang artis nasyid terkemuka di Malaysia ni.... So, aku kena pending dulu entry sampailah semua gambar dah diserahkan kepada clien.... Insya-Allah aku akan menjadi photographer rasmi untuk promotion tour produk tersebut.... Korang tengoklah sendiri produk siapa tu....
CD gambar yang dipunyai oleh penyanyi nasyid terkemuka tanahair.... Sebenarnye untuk serahan kepada pihak syarikat dia..... terpaksalah buat beberapa copy....
Aku dah try dah pakai minyak wangi ni... memang wangi dan mengikut bauan yang kita minat.... terdapat beberapa jenis bauan.... So, senanglah kita pilih dan ianya wangian terbaru di pasaran.... Aku dapat beberapa kotak sebagai hadiah pada malam tu.....
Ustaz Munif Hijjaz sedang memberikan ucapan alu2an kepada tetami yang datang.... Ramai juga yang datang pada malam tu.... dan mereka2 yag datang ni kebanyakkannye merupakan pengedar utama untuk produk tersebut.... Mereka datang dari pelbagai negeri dalam Malaysia dan paling jauh dari Sabah dan Sarawak.... Untung kalau jadi Pengedar Utama, sebab di bawah mereka ada pengedar dan juga agen.... Kita tak perlu mencari customer macam produk lain di pasaran....
Sempat juga Encik Chilabaeys bergambar kenangan sebagai salam permulaan dengan company tersebut.... Walaupun bukan pengedar utama untuk malam tersebut..... Tapi memang Ustaz Munif ni mesra pelanggan.... Walaupun penat tetap melayan peminatnye pada malam tu.... Sebelum turn aku, punyalah ramai nak bergambar..... dekat 100 orang....
Inilah orang2 kuat pada malam tersebut.... Yang paling kiri sekali merupakan boss aku.... Dia yang rekomen aku untuk menjadi photographer untuk malam tersebut.... Yang nombor 3 dari kiri tu merupakan Pengarah Urusan produk tersebut..... Dan kanan sekali merupakan jurucakapnye...
Yang ini merupakan barisan Lembaga Pengarah Syarikat..... Yang merupakan tunggak utama dalam memperkenalkan produk tersebut....
Gambar ni pada awal majlis, majlis pun belum bermula.... Start pukul 8.30 malam.... dan berakhir pukul 12.00 tengahmalam.... Penat siut..... Mula2 tu janji dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam.... 3 jam sahaja.... last2 hampir 4 jam setengah.... sebab aku datang awal..... Padan muka aku.... Tapi memang aku biasanye akan datang awal sebab nak dapatkan setting kamera dan speedlight untuk kawasan liputan.... Alhamdulillah semuanye berjalan lancar.... dan kondisi kamera aku pun bagus.... Jadi banyaklah gambar yang aku dapat capture malam tu.... Oklah itu shaja yang aku nak ceritakan.... Bye.....

6 comments:

n a r d indie winkie said...

wah.. abg ni memang photographer artis ke? kagum plak. hehe.. selamat tahun baru 2010. :-)

khairulhaya said...

salam...
abg,roy tanye sket bole?abg ade sediakan pakej x untuk pengantin..bole bg roy quatation x?please..urgent ni..

Chilabaey's Spot 2 said...

To: n a r d indie winkie...

Takdelah, cuma freelance photographer jer... Buat part time sekali sekala... Selamat tahun baru juga kat awak.... :)

Chilabaey's Spot 2 said...

To: khairulhaya....

Saya freelance photographer, boleh sajer.... Memang buat pun untuk pengantin, kalau nak bagi saya email address nanti saya emailkan kat awak... Email saya pulak : muzshah_zainal@yahoo.com .... :)

Unknown said...

Assalammualaikum..

Pihak pengurusan Munif Hijjaz Sdn Bhd ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara kerana telah memberi perkhidmatan yang memuaskan semasa bertugas sebagai jurugambar di majlis pra-pelancaran Munif Hijjaz perfume baru-baru ini. Insyaallah kita akan bertemu lagi di majlis-majlis yang akan datang.

Abdul Malek Manap
Pengarah Urusan Munif Hijjaz Sdn Bhd
www.munifhijjaz.com

Chilabaey's Spot 2 said...

To: En.Malik Manap

Terima kasih kerana memberikan peluang untuk bekerjasama dengan Syarikat Munif Hijjaz Sdn. Bhd. tempohari.... Insya-Allah kita akan bekerjasama pada masa akan datang ini.... Terima kasih sekali lagi diucapkan...

Muzafar Shah Haji Zainal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...