Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

25 February 2009

iPhone 3G 8GB....

Tawaran Hebat Sementara Stok Masih Ada....
Original Set iPhone 3G 8GB....
Sesiapa yang berminat dengan handphone iPhone 3G 8Gb bolehlah menghubungi saya dengan segera kerana saya ada lubang hp tersebut dengan harga yang amat murah..... Saya telah membuat tinjauan last 2 week di area KL, harga yang ditawarkan amat tinggi dari apa yang saya akan sebut sekejap lagi.... Saya telah membelinya tahun lepas, tetapi harganya jauh berbeza dengan harga yang saya dapat ni..... Harga Pasaran : RM2800 - RM3600 seunit (ikut suka hati peniaga je nak letak harga.. kadang melampau2 pulak tu.. saya dah survey dulu...) Harga Saya : RM2200 sahaja.... serius.... (kurang lagi RM100)
*Beli banyak unit lagi murah... Memang sekarang pasaran untuk HP tengah 'pisang panas' jadi peluang untuk memilikinya juga agak sukar kerana sebut harganya yang tinggi.... Sesiapa yang ingin membelinya boleh menghubungi saya di talian 019-4404403 (Muz) atau melalui email saya : muzshah_zainal@yahoo.com ..... Untuk yang betul2 berminat sahaja ye.....

24 February 2009

MPK Tinggal Kenangan.....

Tinggal Kenangan Manis Di Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Gambar semasa bertugas di Unit Setinggan MPK..... yang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan pengalaman yang amat berguna dalam menempuh hari mendatang....

Barisan kakitangan Jabatan Perancang Bandar MPK :
1. Puan Yusrina - Pegawai B - member baik sampai skrg....
2. Encik Zailani Panut - Pegawai B - klik aku juga..... hati penakut...
3. Puan Noraini Roslan - Pengarah Perancang - boss besar...
4. Encik Azhar Sulaiman - Pegawai A - Penakut nak ambik jawatan aku....
5. Encik Suhaimi Sabilan - Pegawai B - Bahagian Pemetaan.... mengular lebih...
6. Encik Tan Hock Huat - Pegawai C - jurulatih bolatampar negeri...
7. Encik Husni - Pegawai B - tak berapa ingat sbb dia dah berhenti.....
8. Encik Muzafar Shah Zainal - Pegawai B - akulah.... unit haram...
9. Encik Ariffin - Pegawai C - kerani aku.... kuat mengular..... bisness byk...
10. Encik Ali - Pegawai C - Juruteknik Perancang.... kuat mengular juga dia ni....
11. Puan Faridah - Pegawai C - kerani am... bab bagi tazkirah dia bagus....
12. Encik Hafizi - Pegawai C - Penguatkuasa aku..... selaku bodyguard......
13. Cik Hirzalina - Pegawai C - kerani am jabatan.... paling muda....
14. Puan Nafisah - Pegawai C - Juruteknik Perancang....bini si Rizal
15. Encik Rizal - Pegawai C - Juruteknik Perancang..... laki si Nafisah...
16. Puan Masitah - Pegawai C - P.A. Pengarah...... bodek lebih...
17. Encik Shapie - Pegawai C - Penguatkuasa aku lagi.... yg tua sikit...
18. Encik Rosli - Pegawai D - pegawai rendah am... jaga fail jabatan....
19. Encik Hisham - Pegawai C - Juruteknik Perancang..... kelepet lebih.....

Gambar semasa membuat rondaan ke penempatan setinggan Pulau Ketam..... Dari kiri : pemandu Pajero aku yang pertama, AKU, En. Shapie dan pemandu speedbot MPK.... Rondaan 2 kali sebulan.... kalau pergi ke sana mesti balik hitam kulit maklumlah tengah laut.... Semuanya ini sudah tinggal kenangan..... :)

BEGITULAH KEHIDUPAN AKU SEMASA DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.... RINDU GILA SEKARANG NI DGN DIAORANG....

Ada Lagi Gambar MPK Lama.... 4....

Trajedi Kebakaran Penempatan Setinggan Di Pelabuhan Klang - 1 Disember 2001

Masa ni aku pagi2 lagi dah kat kawasan kebakaran sebab pagi2 alam (4.30 pagi) terima panggilan dari Unit Aduan MPK yang memberitahu bahawa ada kebakaran di salah satu penempatan setinggan yang aku jaga..... Tgh berbincang dgn ADUN kawasan, Setiausaha MPK dan pegawai2 lain.....

Perbincangan mengenai status setinggan tersebut, apa yang telah diprogramkan & dirancang untuk mereka.... dan yang pentingnya, Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo nak datang melawat pagi tu..... semua ni nanti akulah yang akan menjawabnya bagi pihak Ketua Unit dan MPK..... tentang maklumat2 penting penempatan setinggan ini.....

Tengah2 berbincang tiba2 je ada seorang penduduk tu berlari ke arah kitaorang dgn muka yang tak puas hati.... Ada ke dia tuduh kerajaan yang bakar rumah dia orang.... maksudnya MPK dan Jabatan lain yang bakar.... gila ke apa..... time ni dah nak dekat raya puasa dan budak nak buka sekolah..... time juga bodygourd aku dah stanby je dah kat belakang.....

Dalam pukul 10.30 pagi MB Selangor tiba...... ramailah wartawan mengerumuninya.... termasuklah penduduk yg terlibat.... yang menyibuk sudah tentu..... aku dah suspen dah ni... dahlah lama tak jumpa MB ni.... bila ada masalah dan nak minta budget je baru nak jumpa.... silap2 kena marah....

Wartawan sedang sibuk menginterview...... nampak tak yang menyibuk punyalah ramai....

Yang ni isteri MB Selangor Datin Zaharah Kecik.... tengah bermesra dgn penduduk yg terlibat dan juga ditempatkan di sekolah yg berhampiran..... kesian bila tgk diaorang ni... dahlah susah, terbakar pulak rumah..... sedih2.... nak raya lagi.... baju2 raya dan duit habis terbakar.... baju sekolah pun sama.....

Time ni MB Selangor panggil aku sebab ada seorang mamat ni kata dia tak dapat peruntukan rumah murah, orang lain dapat dia tak termasuk dalam senarai..... hairan juga aku... bila check2 je data bancian dahulu rupanya dia bukan penduduk kat situ..... MB tanya aku macam mana dgn status mamat tu, aku jawab "Bancian susulan akan dibuat dan peruntukan akan diberikan sekiranya layak...." tapi sebenarnya MB dah tahu perkara sebenar mamat tu nak ambik kesempatan..... aku angkat kening jelah dgn MB.... MB senyum je...... Aku call pegawai yang jaga status perumahan kat SUK Selangor tentang mamat tu... rupanya dia dah ada 10 buah rumah di sekitar Selangor.....mak aaai... punyalah banyak..... penipu besar..... tapi jgn terpedaya dgn penduduk setinggan walaupun di mana2, ada setengahnya memang dah ada rumah tapi nak ambik kesempatan macam nilah..... rumah2 tu nanti akn dibuat sewa...... Masih tak puas hati dengan apa yang aku cakapkan kat MB tadi..... dia beria2 nak suruh aku buat bancian semula untuk dia dan beberapa rakan dia yg lain..... macam2 alasan dia berikan dan aku pulak bermacam2 juga lah jawapan aku berikan..... agak tegang juga masa ni..... En.Izhar dah hitam2 muka menahan geram..... beberapa kali dia cuit2 aku.... sebenarnya time nilah yang pegawai2 atasan aku taknak ambil kerja aku ni.... paling susah sebenarnya nak berdepan dgn org ramai...... ada yg baik, ada yg dengar cakap, ada yg samseng, eh... macam2 lagilah..... gila juga kerja aku ni.....

Muka tak puas hati dengan aku...... aku pulak buat dek je.... Makin lama, makin ramai pulak yang datang kat aku.... alamat ni yg kritikal ni......

Satu demi satu penerangan aku utk diaorang..... last2 aku tak tahan juga aku ceritakan tentang kegiatan menipu diaorang.... ingat aku tak tahu ke.... senyap terus diaorang.... nak bagi sejukkan hati diaorang ni, aku cakap aku akan buat bancian susulan itu dalam masa terdekat......

Time ni MB Selangor dah nak balik.... Dan Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM1000 setiap keluarga... dan dari MPK sebanyak RM700.... dan beberapa derma yang lain dari parti politik..... aku sumbang apa? Aku sumbangkan tenaga je semasa diaorang berada di penempatan sementara tersebut..... barang2 makanan segera, air mineral dan macam2 lagi.....

Tak sudah2 mamat tu dan kuncu2 nya nak bodek MB..... dah nak balik dah ni...... masih lagi menepek je.....

Aku dah tak tahan dah ni, lama sangat berada kat sini.... dari pagi sampai tengahari.... nak lari nanti MB panggil pulak..... ni pun bukannya boleh balik rumah..... ada pulak meeting dgn ADUN Pelabuhan Klang membincangkan permasalahan yang berlaku.....

Akhirnya MB Selangor balik dah..... ahhh lega rasanya..... segala persoalan & maklumat yang diperlukan dah aku berikan.... tugasan selesai...... apa pulak tugasannya esok...... itulah salah satu kerja2 aku dalam unit aku di Majlis Perbandaran Klang.......

Ada Lagi Gambar MPK Lama.... 3....

Operasi Perobohan Kuil Hindu Di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang

Gambar ni entah kali ke berapa entah aku buat perobohan tempat ibadat haram.... banyak juga yang dah aku robohkan.... marah bangsa tertentu ni kat aku.... nak buat macam mana dah ditugaskan macam tu.... Kakitangan aku En.Shapie, tengah menjalankan kerja berat..... pakai tukul bukan kecik2... besar gila, kalau kecik bila nak siap kerja.... tukul tu sentiasa je ada dlm Pajero.... Yang namanya En.Mazlan..... Dia ni best sebab dalam Klang semua samseng2 dia kenal dan kawan dia.... Masalah2.... Sebenarnya penat bila buat kerja2 macam ni.... Bila jentera takde.... kerana perobohan secara mengejut..... Yang ni pulak En.Hafizi..... dia ni badan besar dan rendah sebab geng2 'body builder'...... setakat pakai tukul ni takde masalahlah bagi dia..... selalu angkat berat....

Gambar Paling Menarik Pernah Aku Rakamkan

Apa yang korang nampak ????? Tengok betul2.....

Papan takde yang dibuat sendiri oleh Indon yang tinggal berhampiran.... Suka2 hati je buat papan tanda sendiri..... Tapi kiranya kesedaran sivik juga depa ni..... Bestkan..... Yang bestnya 'Ketua MPK'.... sepatutnya 'Arahan Dari Yang Dipertua MPK'.... Indon.... Indon.....

Ada Lagi Gambar MPK Lama.... 2....

Operasi Perobohan Tempat Ibadat Haram.... Tokong Cina.... Tugasan baru bila aku masuk tahun kedua dalam unit ini..... Inipun berat juga tugasnya sebab hal2 sensitiviti masyarakat..... Tapi perlukan perancangan teratur dan mengikut saluran yg betul.... Sama juga skop kerjanya.... adakan bancian dan melokasikan kedudukannya dlm sistem pemetaan elektronik.... Pakai GPS.... Buat jadual perobohan.... dan sebagainya...

Ni tengah buat kerja2 perobohan di tapak.... time ni tokong cina.... Walaupun nampak mudah sebenarnya untuk melakukan satu perobohan ini mengambil masa seminggu untuk mendapatkan kebenaran dan persetujuan tuan punya tokong.... Apa2 hal pun pokok yang berada belakang tokong tu mesti dipotong dulu.... Kalau bangsa India tu, pokok tu ada maknalah tu.... kalau aku itu mula2 yang aku kerjakan dulu.... Time ni leceh juga nak roboh sebab ada tiang Telekom walaupun dah potong taliannya tapi mengganggu kerja2 pemusnahan ni.... kena berhati2.....

Time ni aku badan aku berisi betul kalau nak dibandingkan dgn sekarang.... maklumlah kerja kerajaan..... makan, meeting, makan, meeting.... itu je kerjanya nasib baik aku ada kerja lapangan yang mengeluarkan peluh.... Sebenarnya aku tak berapa minat nak mengambil kerja2 perobohan tokong/kuil haram ni.... banyak risikonya dari zahir dan batin..... banyak juga petua yang aku kena pelajari dr atok saudara aku kat Melaka untuk kerja2 macam ni....

Operasi Perobohan Tempat Ibadat Haram.... Kuil India....

Kali ni jadual perobohan aku adalah Kuil Hindu... Time ni kat Meru.... Aku bekerjasama dengan Pejabat Daerah Klang.... Jabatan Kerajaan yg lain : Polis Klang, Penguatkuasa SUK Selangor, dan beberapa jabatan kerajaan yang lain....

Kakitangan aku En.Izhar tengah memotong tiang kuil tersebut.... Alatan aku dalam Unit Setinggan aku ni semuanya cukup.... anak emas Menteri Besar Selangor time tu...

Sebelah aku tu (perut dia lagi besar dari aku) Penolong Pegawai Daerah bahagian Penguatkuasaan..... Siap hisap curut lagi.... dia ni lumayan juga kerjanya ni....

Time ni datang 2 orang India bagitahu yg dia baru je bina kuil tu, dia kata dia nak bertaubat sebab baru je seminggu keluar dari penjara... kononnya nak buat kebajikan.... tapi bau mulut bau todi je.... cakap pun merapu2 je..... aku dah jeling2 kat pegawai polis yang ada kat situ.... kalau apa2 hal je polis terus ambil tindakan kat diorang......

Nampak tak sebelah aku tu hisap curut..... aku tak hisap rokok kadang2 tu tension juga baunya... lagi busuk dari rokok..... Operasi ni pun berjaya dengan jayanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...