Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

06 December 2010

Emosi Aku Masih Terganggu Sangat2... Adik Masih Lagi Di ICU....!!!


Maaf kepada semua followers... Beberapa hari ini emosi dan fikiran aku masih terganggu... Adik aku masih lagi berada di ICU dalam keadaan yang amat membimbangkan.... Setiap malam aku menangis bila mengenangkan nasibnye... Terutama nasib anak2nye, Si Melly dan Raja Kecik.... Beberapa hari ni aku bergilir2 menjaga Si Raja Kecik, sementara Si Melly aku dah bawa balik ke Banting duduk dengan mak aku....


Dan semalam juga aku mendapat perkhabaran yang sangat aku bimbangkan dari nurse dan disahkan oleh doktor, di mana terdapat tanda2 pendarahan di bahagian otak adik aku... Masyallah.... Lagi dugaan yang diberikan oleh Allah kepada family aku... Sebab tulah sekarang ni dia masih dalam keadaan keliru dan sukar mengenal orang.... Sebak hati aku sekarang ni... Dan dah beberapa malam aku tak boleh tidur... Dan ketika entry dibuat, aku masih mengalirkan air mata kesedihan yang amat sangat...

"Ya-Allah, Engkau berikanlah kesihatan sepenuhnye kepada adik aku dan Engkau jauhkanlah dari segala mara bahaya pada dirinye.... Engkau pulihkanlah ingatannye seperti sediakala.... Hanya itu yang mampu aku pinta dari Mu Ya Allah..."

04 December 2010

Stabil Tapi Masih Tahap Membimbangkan....!!!


Semalam aku berkesempatan melawat adik aku sekali lagi di Wad ICU HUKM Cheras... Alhamdulillah keadaan dia sekarang dah stabil... Dan telah pun sedar, tapi masih dalam khayal lagi... Mungkin kesan dari ubat pelali dan juga ubat2an yang digunakan...

Yang masih membimbangkan aku adalah dia seperti keliru tentang apa yang berlaku... Sekarang ni masih lagi di Wad ICU sehingga keputusan dari prosedur air tulang belakang dikeluarkan... Masih banyak lagi perkara yang membimbangkan aku harus aku terima... Aku memohon kepada Allah SWT agar kesihatan sepenuhnye pada adik aku sekarang ni dan dijauhi segala perkara yang tidak sepatutnye... Semuanye terserah oleh-Nya....

03 December 2010

Walaupun Darurat, Jawapan Contest Tetap Diumumkan...!!!


Salam semua..... Sekarang ni dah pukul 4.30 pagi... Mata masih belum boleh lelap, masih memikirkan keadaan adik aku di ICU.... Sedih sangat sebab aku tak berkesempatan untuk melawat dia hari ni disebabkan tuntutan kerja yang melampau sekarang ni..... Cuma aku call ke Wad ICU sahaja petang dan malam tadi... Selain itu juga ada saudara aku dari Melaka pergi melawat petang tadi dan memaklumkan keadaan adik aku... Difahamkan, adik aku telah dihentikan ubat tidur nye untuk cubaan samada dia boleh bernafas secara normal atau tidak... Sejak beberapa hari ni, kepala aku sakit sangat2, aku rasa migrain aku datang balik....  Banyak sangat memikirkan masalah yang mendatang.... Esok tengahari walau macamana pun aku akan ke sana untuk melawat adik aku.... Tak kiralah, walaupun tengah malam pun aku redah juga.... Adik beradik tak ramai... 

Mungkin korang yang telah menyertai Contest Chilabaey's Spot tertunggu2 perkembangan terbaru mengenainye... Ribuan ampun dan maaf dipinta kerana aku sekarang ni masih sibuk dalam menguruskan urusan family aku dan baru2 ini adik aku pulak dimasukkan ke Wad ICU HUKM Cheras... Segala apa yang dirancangkan untuk contest tersebut tergendala kerana keadaan semasa family aku masih dalam darurat... Untuk tidak mengabaikan perkembangan contest tersebut, aku sediakan entry ini dimana ini adalah jawapan kepada soalan2 contest tempohari... Sekian terima kasih....


SOALAN PERTAMA


- Cuba teka dan namakan tumbuhan seperti di dalam 2 keping gambar di bawah....


- Tangkap/capture gambar tumbuhan tersebut seperti mana yang telah aku potretkan....



JAWAPAN :  

- Pokok Buah Naga atau Dragon Fruit... 
- Pokok ini ditanam oleh aku di perkarangan rumah aku sebanyak 3 pokok, 
  tapi sampai sekarang tak berbuah2... Heran2...
- Ramai yang memberi jawapan kaktus, salah sama sekali...


SOALAN KEDUA


- Pada pengamatan dan pemerhatian korang, sila berikan jumlah barangan Apple yang aku ada...???


- Sebutkan kesemua gadget tersebut...



JAWAPAN : 


Seperti berikut....

1.  iPod Shuffle 2GB Hijau       - 1 unit
2.  iPhone 1st Generation 8Gb - 1 unit
3.  iPhone 3GS 32GB                - 1 unit
4.  iPhone 4 16GB                     - 1 unit
5.  iMac - 2 unit
     (21.1" berada di Banting & 20" berada di Damansara)
6.  Macbook Pro 13.3"                - 1 unit


SOALAN KE-TIGA

- Restoran mana yang paling mahal dan menjadi salah satu favorite restoran oleh empunya blog...???
- Berikan lokasi restoran tersebut... Serta koordinat tempat tersebut.. (Takdelah, koordinat takyah...)
- Attach kan/disertakan satu gambar semasa aku berada di dalam restoran tersebut....



JAWAPAN :  

- Restoran TONY ROMA'S...
- Terletak di Cinelasure, Mutiara Damansara, Selangor....
- Sebab aku kata mahal : 3 orang makan dah dekat RM250.00... Tapi memang puas hati..


* So untuk korang yang telah menyertai contest ini aku harapkan jawapan yang diberikan adalah seperti yang aku terangkan tadi yer... Hehehehehe..... Tapi jangan risau, walaupun jawapan yang diberikan itu salah, pemarkahan diberikan pada setiap jawapan... Soalan2 lain juga boleh membantu menaikkan markah keseluruhan... Jangan berputus asa, kalau soalan bodek power mungkin boleh menang kot.... :)

Aku harap dengan entry ini, korang tak tertunggu2 sangat perkembangan conterst yang lalu yer... Dan keputusan pemenang akan aku umumkan tak lama lagi... Cuma masa yang sesuai dan situasi family aku mulai stabil... Insyallah... Keep in touch yer... Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi aku atau sms aku di talian : 019-4404403... Manalah tahu kalau2 korang yang rasa boleh menang tu, nak berikan cadangan colour iPod Shuffle yang korang gemari.... Hehehehe... 

Dan harapan aku, doakan bersama kesihatan adik aku yang masih berada di Wad ICU sekarang ni yer... Sangat2 aku harapkan sekarang ini... Insyallah, Allah sahaja yang akan membalas budi korang semua...

02 December 2010

Sebak Hati Aku Bila Melihat Adik Di ICU...!!!! Inilah Dugaan....!!!!


Pukul 3.30 pagi hari Khamis... Aku baru sampai rumah di Damansara... Hari aku berkesempatan melawat adik aku yang berada di Wad ICU sejak semalam... Hari ni aku berkesempatan untuk memegangnye.... Dan hari ini juga aku menahan sebak dan tangisan bila melihat adik aku terlantar tidak sedarkan diri.... Dan hari ni juga hati aku meronta2 untuk bertenang dengan dugaan yang aku terima sekali lagi.... Sangat2 sedih dan sebak hati ni ketika aku menaip entry ini... Mata aku tak boleh lelap ketika ini mengingatan adik aku tadi... Apalah nasib yang menimpa family aku, baru reda dengan keadaan abah aku dan kini satu lagi dugaan yang diterima...

Sejak pagi tadi lagi hati aku ni meronta2 hendak melawat adik aku, tetapi tuntutan kerja dan tanggungjawab kepada abah dan mak aku juga aku kena settlekan dahulu keperluan mereka sebelum aku bertolak ke Damansara untuk melawat adik aku... 

Sejak pukul 9.00 pagi, aku dah keluar rumah untuk urusan kerja aku di Majlis Daerah Kuala Langat... Selesai pun dah dekat pukul 1.00 tengahari... Bergegas ke Tesco untuk beli pampers abah aku, kemudian ke Guardians untuk membeli susu khas abah, takde pulak stok... Bergegas pulak ke satu lagi Guardians yang berada di Bandar Banting.... Ok syukur dapat 2 tin besar... Dapat cover untuk seminggu jadual pemakanannye... Kemudian ke 3 bank untuk urusan kewangan... Kemudian balik ke rumah mak aku dekat pukul 3.30 petang juga... Rehat kejap dalam sejam, sambil makan tengahari... Baru nak makan... 

Pukul 4.30 petang bertolak ke Damansara... Hari ni boleh pulak hujan lebat giler2 sepanjang perjalanan... So, traffik punyalah tak hingat.... Sampai Damansara dekat pukul 6.15 petang... Pickup wife aku di rumah, tak sempat naik rumah pun... Terus ke HUKM Cheras.... Still jam teruk di Federal Highway... Akhirnye aku sampai di HUKM pukul 7.45 petang.... Terus ke Wad ICU, lantaklah aku nak jumpa juga adik aku... Kalau guard tak kasi memang aku akan mengamuk... 

Alhamdulillah selit punya selit aku dapat masuk ke dalam Wad ICU dengan wife aku... Terpandang jer adik aku, hati aku terus sebak... Seperti sebaknye aku pertama kali memandang mak aku di ICU ketika dulu... Kali ini untuk kali ke 3 perasaan aku sama.... Hampir 40 minit aku di dalam dengan wife aku... Dan aku mendapat penerangan serba sedikit dari nurse yang bertugas di hujung katil adik aku... Memang sukar untuk aku terangkan... Terlampau complicated keadaannye... Hanya Allah sahaja yang tahu... Setelah hati aku tenang semula barulah aku mengajak wife aku balik...

Aku tak terus balik, aku singgah sekejap di rumah adik aku untuk melihat keadaan anak2 buah aku Melly dan Raja Kecik sejak mamanye di wad... Agak kelang kabut juga bapanye menguruskan... Melly dengan perangainye dan yang kecil pulak dengan hal babynye... Kesian pulak aku tengok... Akhirye aku bagi cadangan supaya salah seorangnye ikut aku balik... Yang nak ikut pastinye Si Melly, dia nak balik Banting.... Bapanye siapkan barang keperluannye, dalam pukul 11.00 malam aku dan wife aku bawa Melly balik ke rumah aku dahulu.... 

Kononnye nak bawa balik esok tengahari, memandangkan aku ada meeting di Cheras pulak, nanti tiada siapa pulak nak tengok dia di rumah, sebab wife aku kerja maka aku bagi cadangan untuk balik ke Banting malam ni juga.... Sampai jer di basement parking rumah aku, aku dropkan wife aku, terus gerak balik ke Banting dengan Melly berdua.... Takpelah, sebenarnye aku langsung tak terasa penat, mungkin hati aku susah sekarang ni bila memikirkan keadaan adik aku setakat ni...

Sampai Banting pukul 1.00 pagi, tekan loceng rumah... Mak aku terkejut, siapalah yang main loceng malam2 ni... Bila buka lampu depan rumah baru dia sedar yang tekan tu aku... Kesian mak aku kena kejut pagi2 buta... Bawa keluar barang2 Melly dari kereta, rehat kejap sambil menerangkan keadaan adik aku sekarang... Cuma sekarang ni yang boleh family aku lakukan hanyalah memanjatkan doa... Lagi2 doa dari seorang ibu.... Itu sahaja yang mampu dilakukan... 

Pukul 2.00 pagi aku pulak bersiap untuk balik ke Damansara semula.... Dan sampai di Damansara pukul 3.40 pagi.... Baca Yaasin sekejap.... On iMac, buat entry ni sekejap dan sekarang ni dah pukul 5.30 pagi, mata masih belum terasa mengantuk, hati masih berdegup2, otak tak keruan sebenarnye.... Air mata berlinang bila teringat adik aku... Aku harapkan kepada Allah SWT, agar segalanye berjalan lancar dan selamat hendaknye... 


01 December 2010

Sekali Lagi Aku Diduga Dengan Dugaan Yang Menimpa...!!!


Sekali lagi aku dan family aku diduga... Semalam dapat tahu dari sms yang aku terima yang menyatakan yang adik aku Azu (mak Melly) dimasukkan ke dalam ICU.... Punca...??? Kurang pothosium dalam badan dan jangkitan kuman dalam darah.... Pelbagai dugaan tahun ni aku lalui bersama keluarga aku.... Belum lagi habis tentang kesihatan bapa aku, sekarang ni adik perempuan aku pulak...

Aku masih belum berkesempatan untuk ke HUKM Cheras... Insyallah secepat mungkin aku akan ke sana hari ni... Sekarang ni dalam pukul 1.15 pagi, aku baru sahaja call Wad ICU HUKM Cheras untuk mengetahui keadaan semasa adik aku, dan diberitahu bahawa prosedur untuk mengambil air dari tulang belakang dia telah pun dijalankan pukul 8.30 malam tadi... Untuk mengetahui punca2 penyebab ianye berlaku.... Dan menurut doktor yang menjaganye juga memberitahu aku tadi yang adik aku akan ditidurkan sementara waktu.... Aku risau sebenarnye bila air tulang belakang diambil, tetapi tiada cara dan jalan lain untuk mengetahui punca penyakit yang dihidapinye sekarang ni.... Terpaksa menerima risiko dengan seadanye....

"Ya Allah aku memohon kepada Mu, berikanlah kesihatan sepenuhnye kepada adik aku... Selamatkanlah dia dari segala apa penyakit yang menimpa beliau dan jauhilah segala kemungkinan yang tidak baik untuknye.... Aku memohon kepada Mu Ya Allah.... Makbulkanlah doa hamba Mu yang hina ini...."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...