Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

15 May 2009

7.00 Pagi... Ada Phone Call....!!!

Wad Surgery 1, Tingkat 5, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Pukul 7.00 pagi... ada call untuk aku.... apahal ni....??? Ooooo... mak aku call.... dia kata bapa aku hari ni boleh keluar wad.... yeee.... bagus2.... Itu yang aku nanti2kan... Maknanya aku tak perlulah berulang ke HUKM hari2.... Yang kesiannya bapa aku, baring je kat katil... kalau kat rumah ni, boleh aku bawa jalan2 dengan wheel chair.... tengok tv... Konsert Akhir AF... makan yang sedap2... makanan hospital tak sedap... (tapi sebenarnya baik untuk kesihatan, diaorang masak tak melebih2 perasanya...)... aku selalu kerjakan lunch/dinner bapa aku kalu aku ada kat HUKM... sedap apa... cuma orang sakit seleranya kurang sebab tu tekak dia tak berapa nak terima makanan hospital... tu nasib baik kat HUKM... kalau hospital daerah, aku pun tak selera nak makan.... entah apa2 rasa.... pun aku dah try....
Sampai je aku kat wad, bapa aku dah siap pakai baju nak balik rumah...... mak aku punya kerjalah ni.... entah siapa yang tak sabar nak balik rumah entah....
Pukul 10.30 pagi, mak aku call semula confirm bapa aku boleh balik.... tapi sebelah petang sebab doktor takde buat masa ni untuk buat report pesakit sebelum boleh dibawa keluar... report dari mula masuk wad sampai keluar wad... maksudnya sampai hari ini... hari ni hari terakhir doktor menjalani exam mereka.... so aku ambil keputusan untuk ke HUKM selepas sembahyang Jumaat....

Nombor giliran semasa menunggu ubat untuk mak aku..... bapa aku punya kena ambil kat Farmasi Unit Kecemasan.... lain tempat....

Call anak buah aku Izzat untuk bantu aku bawa atoknya balik Flora Damansara.... dulu pun dia juga yang tolong... dia rajin sikit dan pandai handle masalah dengan cepat.... cewah bodek sikit ni.... Pukul 3.00 petang ambil dia di Damansara Damai... lepas tu terus ke HUKM.... Sampai di HUKM terus ke wad... wahhh... bapa aku dah siap... ni mesti mak aku punya kerja.... tak sabar2 nak balik.... banyak lagi prosedur sebelum bawa balik.... kena ambil borang dan report dari doktor dahulu... bawa ke kaunter bayaran di tingkat bawah.... lepas tu bawa pula ke farmasi untuk ambil ubat di farmasi bahagian wad kecemasan.... patah balik ke wad, tunjuk pada kerani wad untuk confirmation.... barulah boleh bawa balik..... Mudah je step dia kan... Tapi sebenarnya leceh dan makan masa yang lama....

Tengah menunggu giliran untuk buat pembayaran discharge wad bapa aku.... kali ni duduk wad selama 10 hari berjumlah RM735.50.....

Tapi sebelum itu, ada beberapa perkara di HUKM ni aku kena buat.... satu, adik aku minta tolong ambil ubat dia di farmasi.... ok, aku dah ambil... kedua pulak, kena ambil ubat mak aku pulak... tapi kad HUKM tak bawa, so kena dapatkan nombor ic mak aku dulu... bagi kat kerani klinik perubatan untuk semakan nombor id HUKM baru boleh ambil ubat kat farmasi.... kononnya dah selesai, sampai di farmasi... ambil nombor giliran tunggu sampai nombor naik.... bila dah naik pergi kaunter diaorang bagi untuk 2 minggu bukan 2 bulan... alamak kacau betullah.... selalunya 2 bulan sekali jadi takdelah selalu kena datang.... farmasi kata dapatkan kebenaran doktor yang bagi discription senarai ubat untuk batalkan discription tersebut dan dapatkan yang baru (2 bulan).... doktor pulak takde... last2 ada staff nurse yang bertugas dengan doktor tu cuba dapatkan doktor tersebut.... kesian aku tengok dia, berlari2 naik ke tingkat atas, sebab doktor tu ada dengan pesakit kat wad.... nasib baik....

Settle buat pembayaran... so, bapa aku dah boleh keluar wad dan balik ke rumah.... yeee....

Ambil kertas tu, balik semula ke farmasi untuk dapatkan balance ubat yang diberi.... akhirnya ubat mak aku untuk 2 bulan.... lepas tu aku pulak berlari dengan Izzat pergi settle kan hal bapa aku pulak.... lastly pukul 5.30 petang baru settle semuanya.... Dekat wad bapa aku dan mak aku ucap terima kasih pada doktor dan staff nurse yang menjaga bapa aku.... Izzat dan mak aku sorong bapa aku ke lobi wad kecemasan, aku ambil kereta kat parking HUKM.... bila sampai kat lobi aku tengok Izzat takde, tinggal mak aku... apahal pulak ni... rupa2nya masa mereka sampai kat lobi tersebut... mak ke atau Izzat ke terlanggar di bucu dinding hospital dan tabung urin bapa aku patah bahagian kuncinya... so, mak aku suruh Izzat ambil yang baru kat wad.... padahal boleh minta kat unit kecemasan je.... aku pergi ambil satu, si Izzat belum sampai2 lagi.... nak dekat kereta bertembung dengan dia... dah dapat dua.... gantikan kat situ juga, angkat bapa aku masuk kereta kemudian bertolak balik terus ke rumah aku..... perjalanan lancar walaupun ada kesesakan lalulintas dan juga road block oleh pihak polis di Mont Kiara... bapa aku selamat sampai ke rumah....

Bapa aku sengeh je kerjanya.... mentang2 dah keluar wad.... mulalah dia minta nak makan sataylah.... nasi goreng kampunglah.... kepak ayamlah.... tapi malam ni aku belikan nasi goreng kampung je dulu sebab hari tu dia ada minta....

Aku kacau bapa aku nak tidur.... saje sempit2kan katil.... bapa aku halau aku tak sudah2 , aku buat tak tahu je.... last2 tu dia cakap tidurlah kat situ......

Di rumah bapa aku terus baring di dalam bilik, tukarkan bajunya, lap badannya... lepas tu bagi bapa aku makan malam, makan ubat dan lepas tu dia kata nak rehat dan tidur..... Aku pulak sambung lagi kerja, membuat catatan dan menjadualkan semula serta mengindekskan ubat-ubatan bapa aku dan mak aku supaya tarikh2 appointment dan tarikh2 pengambilan ubat semula tidak terlupa.... tahun ni aku mempunyai jadual dan tarikh2 penting yang amat ketat... Dulu satu fail je, mak aku je tapi sekarang tambah seorang lagi pesakit iaitu bapa aku.... Macam tulah kalau takde adik beradik lelaki yang lain... aku sorang je anak lelaki dalam keluarga aku maka tanggungjawab berat kat aku.... adik beradik aku yang lain kalau nak tolong, tolonglah... takde jadi masalah untuk aku sebab aku yakin aku boleh buat semuanya.... Itu yang diaorang suka tu.... Cuma minta doa kepada Allah supaya berikan aku kesihatan dan kekuatan tubuh badan sepenuhnya kepada aku untuk handle mak dan bapa aku....

Gambar candid dari Izzat..... Dia tangkap pun aku tak sedar... ingatkan dia preview kamera dia....

Tengah mentelaah semua surat2 dan form untuk CT Scan pada 21 Mei dan untuk kemasukan wad semula pada 22 Mei ni...

Entah apa2 ubat yang aku kena uruskan... dulu uruskan ubat2an mak aku, sekarang ni tambah satu lagi tugas farmasi... untuk bapa aku pulak.... jadual ambil ubat dan appointment doktor akan datang....

Pukul 9.00 malam adik beradik aku yang lain datang rumah melawat bapa aku.... Hari ni, hari yang amat penat dan letih untuk aku..... badan sakit2, tulang belakang aku sengal2... dengan perut laparnya... rupa2nya aku belum makan dan minum apa pun hari ni..... adooi laparnya... Tapi segala yang dirancang dan diuruskan hari ini berjalan lancar dan selesai dengan jayanya.... Barulah boleh mengupdate blog.... mata dah ngantuk, badan dah letih maka aku minta izin untuk berehat dari kalian.... sekian.... zzzzzzz......zzzzzzz......

14 May 2009

6.20 Pagi Di HUKM.....Apa Buat...???

Tengah menunggu giliran.... Dah pukul 11.00 pagi tak sampai2 lagi.....
Pukul 5.30 pagi lagi aku dah bangun... mandi2 dan terus ke HUKM.... Macam yang aku ceritakan semalam.... Doktor nak jumpa aku.... Sampai HUKM pukul 6.10 pagi.... so singgah surau HUKM jap.... solat subuh lepas tu baru ke Wad Surgeri 1.... pergi jumpa bapa dan mak aku.... Mak aku baru mandi manakala bapa aku baru tukar baju..... Bapa aku senyum bila nampak aku.... dah nampak sihat dah bapa aku.... 2 hari lepas dia demam teruk.... tapi mulut dia bebel je ajak berborak.... walaupun tak berapa jelas suara dia..... Aku tanya mak aku doktor nanti datang pukul berapa.... Mak aku kata pukul 7.00 pagi.... Pukul 7.00 pagi, doktor datang... bagitahu keadaan bapa aku hampir pulih walaupun luka operation masih terbuka tapi kecil dah.... Alhamdulillah.... cuma lubang dari tiub drainage masih lagi belum bertaut dan masih mengeluarkan cecair dari badan.... tapi cecair tu cecair yang elok tidak mengandungi nanah.... Lepas tu doktor pakar kata nanti bapa aku akan di bawa ke tingkat 7 untuk dijadikan sebagai contoh pesakit untuk doktor pelatih menjalani final exam.... Oooo itulah sebabnya..... Management minta ahli keluarga ada bersama pesakit untuk membantu pesakit membuat penerangan tentang penyakit dan sebab kemasukan di HUKM.... Kalau harapkan bapa aku yang menjawab dia bukannya ingat.... nanti entah apa2 jawapannya.... dari menghidap penyakit sekarang ni, langsung dapat penyakit yang lain....

Pukul 8.30 pagi, staff nurse bawa bapa aku ke tingkat 7.... Datang seorang doktor beri penerangan tentang prosedur exam yang akan dijalankan.... Bapa aku dikategorikan Long Case (LC)... akan memakan masa dalam 30 minit untuk seorang doktor exam tu... seorang je yang akan soaljawab dengan bapa aku.... Giliran bapa aku dalam pukul 10.30 pagi.... lama juga nak tunggu.... siap diaorang bagi sarapan dan air minum.... akhirnya giliran bapa aku pukul 11.15 pagi.... diaorang minta maaf sebab diaorang start lambat.... Exam ini dijalani oleh doktor2 dari semua Universiti2 di Malaysia yang ingin menjadi pakar bedah.... so exam mereka dibuat di HUKM....

Mak aku dah macam nak terlelap dah.... Menunggu giliran tak kunjung tiba....

Nasib baik aku datang, kalau nak suruh mak aku menjawab dan beri penerangan bila dijawab mungkin entah apa2 mak aku jawab sebab diaorang nak kita terangkan dari A to Z.... sejarah dan fakta dari kita.... semuanya ada dalam otak aku.... Rasa macam aku pulak yang nak exam.... siap buka digital diary lagi.... baik aku je yang exam... tapi memang susah sebenarnya nak jadi doktor..... abis siapa suruh ambil bidang perubatan..... hehehe.... dekat pukul 12.00 tengahari semuanye selesai.... So attenden wad hantar bapa aku ke wad semula.... aku dengan mak aku keluar dulu ke wad... jalan terus ke Wad Surgeri 1.... bapa aku tak sampai2 lagi... rupanya doktor2 di tingkat 7 tadi ada taklimat untuk semua pesakit... semua pesakit yang terlibat tadi mendapat angpau sebagai sumbangan dan penghargaan masa bersama doktor2 yang menjalani exam... seorang pesakit dapat RM50.00.... wah rezeki bapa aku.... masa di wad HDS dulu, bapa aku jadi contoh pesakit juga untuk budak kolej perubatan jalani exam... dapat juga sumbangan RM30.00.... Itulah namanya rezeki..... walaupun sakit rezeki tak pernah putus.... Alhamdulillah....

13 May 2009

Doktor Nak Jumpa...!!!???

Berita Baik Atau Sebaliknya....!!!??? Aku Pun Takde Idea...
Petang tadi maka aku bagitahu yang doktor minta ada seorang family untuk discuss atau kajiselidik pukul 7.00 pagi esok (Khamis)... Mak aku tak berapa faham apa yang doktor katakan... So, aku terpaksa ke HUKM pagi2 esok... Minta2 ada perkhabaran yang baik untuk bapa aku... atau ada perkara sebaliknya.... aku kena bersiap sedia jelah.... dari segi mental dan fizikal.... macam dulu.... Harapan aku perkara yang baik je sekarang ni.... Insyaallah... Doakan aku ye blogger ku.....

11 May 2009

Satu Hari Di Bukit Jugra....

Aku.... Izzat...... Dan Bukit Jugra......
Pemandangan muara Sungai Langat di salah satu jeti di kawasan Jugra.... Dulu aku rajinlah lepak memancing kat sini.... sekarang takde genglah.... anak didik aku sekarang ni Izzat.....
Sahajalah tengok memory phone aku..... apa ada dalamnya pun aku tak ingat..... buka folder image, banyak juga gambar yang aku snap..... lepas tu terjumpalah gambar aku dengan anak buah aku Izzat.... gambar semasa aku balik ke kampung tengok bapa aku.... sebelum bapa aku masuk HUKM....
Muhamad Nur Izzat Rosli a.k.a Ijat @ Dat
Heranlah sekarang ni budak2 kalau tangkap gambar mesti pose sengal macam ni.... poyo betullah... ni semuanya bahana MySpace lah ni......
Petang hari Ahad tu, aku dengan anak buah aku Izzat jalan2 ke Bukit Jugra..... merupakan salah satu bukit bersejarah di dalam Negeri Selangor..... dari rumah keluarga aku cuma dalam 20 minit perjalanan.... Di sinilah terdapatnya Makam Sultan Abdul Samad.... tempat rekreasi dan sukan terbaru Paraglading.... bekas tapak kaki Hang Tuah... dan macam2 lagi.....
Posing dengan anak buah dan pakngahnya..... padahal time ni panas giler... kontrol je ni.... untuk lightinglah konon..... berkerut muka..... terkebil2 mata.....
Tapi petang tu aku lepak di salah satu jeti nelayan yang terdapat di kawasan Jugra ni.... anak buah aku ni bab bergambar nombor satu.... sikit2 tangkap gambar, saje tangkap nak masukkan dalam Myspace.... tak pasal2 muka aku ni pun masuk sekali dalam Myspace dia.....
Kat luar kereta pun dia nak tangkap gambar juga.... terlepas phone baru tahu..... satu pun tak dapat apa..... Poyo.... poyoo......
Dekat2 nak Maghrib jugalah kita orang balik... tempat yang aku bawa Izzat ni tak berapa bagus time dekat2 Maghrib, sebab banyak cerita disebaliknya.... kawasan Di Raja Selangor..... banyak pantangnya.... "Balik jom Jat..... ", kata aku..... "Lepaklah dulu pakngah....".... "Gila engko, nak jumpa harimau ke..???"... "Apaaaa.. Rimau..??? Dahlah jom... jomm...."... Sampai rumah dah Maghrib.....

09 May 2009

Balik Kampung Sorang2....

Aku Balik Kampung....!!! Sorang2....
Rumah takde orang jadi tingkap kenalah tutup, nanti pencuri masuk..... Haaa.... nampak tak orang kat luar tu...?
Hari ni aku balik kampung kejap... Nak ambik barang, baju mak aku dan kemas rumah.... selain tu juga kenalah check semua plug2 elektrik, kunci2 pintu, dapur gas, check keliling rumah depan belakang, atas bawah.... bawah..???

Nilah ruang tamu (bahagian dalam) rumah aku, tempat lepak2 bila balik kampung.... bukan apa, sebab ada tv besar mak aku.....

Sampai2 je ambik kunci kat rumah jiran aku jap... masuk2 je nombor satu sapu lantai rumah yang dah berabuk.... kemaskan peti ais.... buang apa yang patut dan macam2 lagi seorang diri.... Kalau ramai2 pun adik beradik aku bukan rajin sangat buat sakit hati je......

Tinggal kosong buat sementara waktu, sehingga bapa aku sembuh sepenuhnya....

Sebenarnya aku balik kampung sebenarnya bukanlah dalam rancangan minggu ni, sebab adik aku Anor baru habis exam Uitm, jadi barang2 asrama dia kena bawa balik... dari rumah aku (Flora Damansara) bersepah dengan barang artwork dia yang banyak, baik aku bawa balik kampung simpan dalam stor... Dia pulak ada sukan Uitm kat Shah Alam selama seminggu... Dalam pukul 9.00 malam baru aku balik ke Damansara.... Sampai rumah dekat pukul 12.00 tengah malam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...