Takkan Baca Jer, Followlah Juga, Sepantas Kilat Aku Follow Balik...!!!

03 April 2009

Satu Keputusan Yang Susah...

Semalam aku pergi ke HUKM untuk menjengok keadaan bapa aku di sana.... malam seperti biasa mak aku jaga bapa aku di wad... langsung tak nak berpisah.... aku cuma akan menjaga pada waktu siang tapi kadang2 ada juga malam bersama2 mak aku.... Pagi ni aku bertolak awal sedikit dalam pukul 10.00 pagi... itu pun mak aku suruah awal sikit sebab doktor akan bawa bapa aku untuk scan ultra-sound.... untuk apa aku tak tahu, yang aku tahu untuk tengok paru2 dan hempedu.... Sampai di HUKM, bapa aku baru sahaja balik semula di wad dengan mak aku.... hari ni keadaan bapa aku dalam keadaan normal dan sedar sepenuhnya... dan berborak seperti biasa.... macam semalam dia separuh sedar sebab doktor berikan antibiotik peringkat ketiga untuk pankreas dia.... Dalam setengah jam lepas tu 2 orang doktor datang untuk memeriksanya.... dan satu berita yang amat aku tak mahu dengar.... dari scan dijalankan didapati hempedu bapa aku tu masih mempunyai batu di dalamnya dan ianya telah pun terletak dan menyumbat saluran hempedu.... manakala hempedunya mempunyai nanah sebab salurannya telah tertutup dan mulai membengkak berdiameter 8 cm sekarang.... jadi satu keputusan akan di buat oleh pihak hospital untuk melakukan pembedahan dengan kadar segera....
Sempat bergambar dengan bapa aku sebelum doktor datang.... bapa aku releks je walaupun aku tahu dia risau... tengah buat senaman paru2....
Bila ditanya bila kadar segera tu? Doktor cakap samada hari ni atau esok pagi tapi seboleh2nya hari ni sebab OT (Operation Theater) tengah penuh buat masa ini dan tapi sekiranya dah clear nanti, bila2 dari sekarang diaorang boleh buat setelah mendapat persetujuan dari mak aku dan anak2... tapi sebenarnya keadaan bapa aku adalah di dalam kadar kritikallah juga... doktor khuatiri hempedu pecah dan nanah merebak dalam badan lagi besar kerja nanti.... mak aku dah menangis belakang aku... tapi aku respect bapa aku dia tenang je dengar.... aku sms adik beradik aku untuk mendapatkan kebenaran dan menerangkannya apakah risiko yang akan ditanggung selepas operation... semua setuju dan mak aku setuju dan bapa aku sendiri pun setuju.... satu borang kuning pun ditandatangani oleh bapa aku dan mak aku selaku isteri...
Yang ni kakak aku, atas aku je... pun sibuk nak bergambar.....
Nilah adik aku yang nombor 3 dan yang ke empat....
Jadi keputusan telah diambil dan pada bila2 masa sahaja mereka akan bawa bapa aku untuk menjalani operation... Masalah dalam operation ini bukan kerana pembedahan yang akan dilakukan tetapi tahap kemampuan pesakit itu untuk sedar semula selepas dibius, faktor utama sebab usia sudah 70 tahun, paru2 bapa aku tak kuat sebab masalah penkreas dan jantungnya tak stabil semasa dalam wad ICU tempohari... itu risikonya yang utama... sekiranya bapa aku kuat semangat dia akan sedar seperti sedia kala dan sekiranya tidak, nyawanya akan ditarik oleh malaikat... subhanallah.... mak aku dah tak berhenti2 menangis.... bapa aku pula sama sekejap2 dia meleleh air mata... tapi nampak dia kuatkan semangat.... adik beradik aku semuanya bergegas ke HUKM bila aku beritahu borang kuning dah ditandatangani.... Kakak aku dari KL, adik perempuan aku yang ke tiga dari Seremban dan sorang lagi adik perempuan aku dari Nilai.... Pukul 3.30 petang, semuanya dah berkumpul, tinggal yang dari Seremban belum sampai... dalam masa yang sama jiran aku dulu semasa di Banting pun sampai satu keluarga... dalam wad hari tu bapa aku sibuk bertanyakan keluarga dia ni.... akhirnya sampai juga setelah mak aku beritahu.... Masa tu bapa aku menangis bila tengok kitaorang berkumpul depan dia.... yang mententeramkannya adalah aku... tapi dalam aku dah lama menangis cuma aku try untuk tahan sebab taknak tunjukkan depan bapa aku.... aku try happykan dia... ajar dia bacaan ayat Al-Quran apa yang patut untuk dibawa dan suruh dia lafaskan.... semuanya lancar seperti biasa.... kejap2 lepas tu dia nangis lagi.... aku dah bergenang air mata.... Pukul 4.00 petang, pakar/doktor bius datang untuk membuat final check up untuk paru2 dan jantung.... satu kaedah memasukkan satu wayar dan tiub akan dibuat di mana benda2 ni akan melalui saluran darah dari bahagian lengan terus ke jantung bagi monitor pergerakan dan sebagainya semasa operation dijalankan.... sakit.... tapi bapa aku tenang je... mula2 tangan kiri tapi tak boleh, kemudian dicubanya sebelah kanan pun masih tak boleh, pindah pulak kat tangan kiri balik, pun masih tak boleh.... dekat 2 jam diaorang buat tapi tak berjaya....
Mak tengah menunggu dengan perasaan yang bercampur baur.... risau yang amat sangat.... tak pernah berpisah selama 43 tahun dengan bapa aku....
Tidur sekejap kononnya tapi aku malas nak kejut biar dia rehat dan tidur secukupnya.... Aku memang dah standby sleeping bag dalam beg camping aku untuk tidur kat hospital....
Pukul 8.00 malam, diaorang ambil keputusan untuk membawa juga bapa ke dewan bedah... di sana nanti akan ada pakar untuk memasukkan wayar2 dan tiub2 tersebut.... akhirnya mereka masukkan melalui urat di bahagian leher.... Bapa aku masuk pintu dewan bedah pukul 8.30 malam.... segala ajaran di dalam Islam aku ajarkan serba sedikit sebelum dibawa masuk.... setelah semuanya meminta maaf kat bapa aku, doktor pun dapatkan persetujuan aku.... maka bapa aku dibawa masuk dengan tenangnya.... barulah aku menangis setelah melihatnya masuk melalui pintu dewan tersebut.... Aku berserah kepada Allah untuk melicinkan perjalanan pembedahan tersebut.... Sampai di situ sahaja yang mampu aku buat... segalanya terserah kepadaNya...

Beginilah keadaan kawasan luar Dewan Bedah... anak buah aku dan akak aku dah pengsan dah kat bawah tu....

Aku masih ingat lagi pesan bapa aku semasa di Wad Surgeri 1 tadi sebelum dia di bawa ke Dewan Bedah, dia minta aku bacakan Surah Yassin untuk dia dan ambil air sembahyang dulu, kebetulan masa tu aku baru je selesai membacanya dan aku beritahu padanya yang Masjid Jamek Banting juga buat bacaan Surah Yassin untuk dia, sebab bapa aku ni dulu orang kuat masjid tersebut, terus dia menangis teresak2.... aku dah menitik air mata masa tu tapi aku control je.... aku cuba sembunyikan... aku tenangkannya semula....

Aku dan Izzat peneman setia di luar Dewan Bedah walaupun yang lain dah lama tidur.... kejap2 aku intai pintu keluar... kejap2 intai lagi... hati risau gila.... tu pun baru nak makan sejak semalam.....

Semasa di luar Dewan Bedah di kawasan luar, aku kumpulkan adik beradik aku dan anak buah mana yang ada... aku bagitahu mereka untuk bersiap sedia dari segi mental dan emosi untuk menerima apa2 kemungkinan yang buruk selepas pembedahan bapa aku, sekiranya berjaya Alhamdullillah tetapi sekiranya tidak berjaya perlu menerimanya dengan tabah dan tak payahlah untuk menyalahkan mana2 pihak... ajalnya telah sampai.... dan semasa aku membaca surah Yassin juga aku berniat dan berdoa "Agar sekiranya berjaya, panjangkan umurnya dan berikanlah kesihatan sepenuhnya kepada bapaku agar dia dapat beribadat kepadaMU, dan sekiranya berjaya tetapi dia akan menderita dengan penyakitnya, aku redha kepada Mu untuk engkau ambillah nyawa bapaku ini dan diletakkan di dalam orang2 yang beriman dan bertakwa serta masukkanlah bapaku di dalam syurga MU.... Ya-Allah..." Aku telah lama bersedia untuk perkara2 seperti ini sebab aku seorang sahaja lelaki di dalam keluarga, aku dah bersedia dari segi mental dan emosi berbanding adik-beradik aku yang lain....

Menurut doktar tadi, operation ini akan mengambil masa selama 3 jam dan selebihnya untuk mereka mencari serpihan batu di dalam mana2 saluran lain... Kejap je aku kata... Tapi bila tengok jam dah masuk 3 jam tapi takde apa2 berita... jam dah tunjuk pukul 11.30 malam.... ok... tengok jam lagi pukul 2.30 pagi (3/4/09 - Jumaat) tak juga keluar.... dah mula risau.... pukul 3.30 pagi tak juga, 4.30 pagi tak juga jadi aku intercom doktor di dalam bertanya macamana keadaan bapa aku, rupanya pukul 1.00 pagi tadi lagi dah selesai cuma sekarang diorang monitor BP (Blood Pressure) dia bagi stabil.... tidak ada apa2 masalah dalam operasi pembedahan... Alhamdullillah... lega rasanya, dan bila2 masa sahaja nanti di akan dibawa keluar.... aku beritahu mak aku pasal perkara tersebut.... semuanya lega... akhirnya pukul 5.30 pagi bapa aku diusung keluar dan diletakkan di Wad High Deficiency Unit (HDU), wad ni macam wad ICU juga... tak boleh menunggu, tak boleh ramai2... keluar masuk kena cuci tangan... Pembedahan mengambil masa selama 9 jam....

Inilah pintu yang membawa bapa aku keluar dari Dewan Bedah..... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....
Bapa aku dalam keadaan separuh sedar, bukan dalam keadaan koma macam mak aku tempohari.... bila diaorang dah setup semuanya, aku dan mak aku masuk dulu untuk melihat keadaannya... nampak stabil.... tapi dia dengar siapa yang ada.... Alhamdullillah... masa nak keluar tu nurse tu panggil aku dan berikan batu yang telah dikeluarkan dari hempedu bapa aku, dan sekarang ni bapa aku tidak lagi mempunyai organ hempedu seperti orang lain.... dibuang terus dari tempatnya...
Inilah batu yang telah menyebabkan bapa aku menderita selama ini.... akan aku simpan selama-lamanya.... buat kenangan... bapa aku belum lagi tengok... mungkin esok baru aku tunjukkan....
Semua orang aku arah balik berehat, aku dan anak buah aku Izzat tidur HUKM, standby manalah tahu kalau ada apa2 yang berlaku.... mana aku tidur..? Mula2 kat luar wad lepas tu lari tidur surau sebab nak masuk sembahyang Subuh.... sedar2 sudah pukul 8.30 pagi, kelang-kabut aku pergi ke wad bapa aku untuk melihat status dia sekarang.... nampak ok walaupun masih lagi hayal oleh ubat bius.... Pukul 11.30 pagi mak aku datang, aku belikan makanan kat mak aku, kemudian aku balik rumah kejap mandi2, siapkan apa yang patut untuk di bawa ke HUKM semula petang ni... dan aku coretkan sedikit pengalaman untuk blog aku 'Chilabaey' Spot' untuk dikongsikan bersama.... sekian, aku nak tidur kejap......

01 April 2009

Hari Ini Dalam Sejarah...

Pukul 4.00 petang tadi, aku bertolak dari rumah aku di Flora Damansara menuju ke HUKM Cheras untuk membawa keperluan harian dan makan kepada mak aku yang setia menemankan bapa ku yang sedang sakit di sana. Semalam bapa ku telah dipindahkan katilnya ke katil lain, sebelum ni diletakkan di kawasan hujung Wad Surgeri 1.... itu pun aku complain sebab dekat sangat dengan tandas dan kawasan pengumpulan kain2 cadar pesakit dan sisa buangan... masuk kali ini dah 4 kali katil bapaku dipindahkan... mula2 tu Katil 14, lepas tu Katil 24, kemudian Katil 12 dan last sekali ni Katil 15... kali amat aku puashati... sebelum ini entah apa2 alasan diorang berikan.... wad penuhlah... tapi memang wad ni penuh sesaje... yang kesiannya, mak aku sebab dia yang duduk menemankan bapa aku.......

Tag nama bapa aku.... Katil 15 Wad Surgeri 1.... Yang atas kabinet tu barang mak aku je yang lebih.... Barang bapa aku sikit je....

Sampai di HUKM dah dekat pukul 5.00 petang, terus ke Wad Surgeri 1 bapa aku... dan tanyakan apa yang mak aku nak makan malam ni..... mak aku pun bukannya sihat sangat, dia pun baru lepas operation hati tahun lepas..... 2 bulan dalam Wad Surgeri 2, lama juga masa untuk pulih.... tahun ni giliran bapa aku pulak yang sakit....

Nilah mak aku..... kalau bergambar susah sangat nak senyum.... entah apa2 reaksi muka je dia buat... tapi dalam hati siapa yang tahu.... risau sebenarnya tu.....

Yang inilah bapa aku Haji Zainal Bin Haji Osman.... Gambar ni aku tangkap malam tadi 1/4/2009.... Kesian bapa aku, hari dah 3 hari dia kena puasa untuk kosongkan semula perut dia..... sebelum ni dia sihat dah... dan macam2 dia nak makan.... ayam golek lah, nasi gorenglah tapi sebenarnya dia tak boleh lagi makan2 benda2 macam tu... siap letak kain atas kepala sebab dia tak suka silau lampu.... yang tu dia tengah buat latihan paru2.... tengah tiup alat ukuran sedutan.... tapi hari ni paru2 dia tak berapa bagus.....
Nak dijadikan cerita dan pengalaman, sebelah katil bapa aku adalah seorang pesakit berbangsa cina yang baru dipindahkan pagi tadi.... macam pernah lihatlah cina ni..... rupanya dia adalah pesakit yang sama wad ICU tempoh hari.... dia ni duduk di hujung kaki katil bapa aku dulu..... tengok dia dah sihat dah... cuma masih pakai topeng oksigen.... kalau tak silap aku dia ni sakit cancer usus.... dah operation dah tempoh hari..... dan dia merupakan salah seorang pesakit yang bermasalah.... sebab masa dalam ICU dia cabutlah tiub2 yang ada kat badan dia.... alat pernafasan dia tanggalkan, dahlah tu dia tak reti cakap melayu dan tak faham pulak bahasa melayu.... punyalah bising.... pening nurse2 yang ditugaskan untuk jaga dia.... degil pulak tu.....

Tapi petang tadi dalam pukul 5 lebih tu dia macam tersedak.... masa tu aku lalu sebelah dia, ada jugalah aku jeling2 kat dia dan dia pun pandang kat aku juga.... aku buat tak tahu je.... bini dia tadahkan kahak dia tapi bunyi macam orang berkumur pandang ke atas..... macam biasalah aku tengok... tiba2 tu mata dia pandang ke atas macam orang tercekik tapi relaks je dan mula lemah.... bini dia dah terjerit2 dah panggil nama laki dia tu bagi sedar kot... tak lama tu juga keadaan jadi huru hara dengan family dia jerit2, anak2 dia nangis panggil nama bapak dia.... bayangkan 7 orang punya suara..... nurse2 dan doktor datang kelang kabut buat sesuatu kat cina tu.... macam2 alat bantuan hayat diaorang bawa.... aku yang berada kat sebelah dengar je.... tirai diaorang dah tutup..... mak aku, aku suruh dia pergi tempat lain sebab dia lemah semangat.... bapa aku buat tak tahu je.... tidur atau pura2 tidur.....

Dalam bunyi suara2 yang bising2 tu sampai satu ketika semuanya dah tak memanggil nama dah, mereka menangis je terus.... aku rasa dah takde dahlah tu.... tapi tak pasti sebab semua tirai tertutup rapat.... doktor arahkan anak2 dia dan bini dia tunggu luar..... aku rasa dia dah reda dah kot.... sebabnya mesin denyutan jantung masih berbunyi..... dalam tirai tu ada 3 nurse dan seorang doktor..... tengah buat sesuatu..... family diaorang time tu dah senyap dah, kat luar.... dalam hati aku sedih juga bila perkara ni terjadi.... apa perasaan diaorang time tu....

Suasana time tu kembali reda semula...... tirai tu masih lagi ditutup...... masa tu mak aku dah duduk semula kat sebelah cina tu..... yang aku time tu dah ambil air sembahyang nak bacakan Surah Yassin untuk bapa aku.... dan sebelum tu lapkan muka bapa aku dengan kain basah macam biasa.... tengah2 sibuk mengelap muka bapa aku, kain langsir di bahagian kepala pesakit cina tu terselak sedikit..... Masya-Allah rupanya cina tu dah mati dah...... sebab aku aku tengok kepala dia dah diikat dan dipunjut di atas kepala, manakala hidung dia disumbat dengan kapas..... aku mati2 ingatkan dia masih hidup.... rupanya nurse2 dan doktor tadi sedang membersihkan dan menguruskan mayat dia..... cepat2 aku suruh mak aku duduk tempat lain.... Dekat sejam lepas tu datang troli mayat untuk ambil mayat cina tu... tirai katil bapa aku attenden wad tu tutup rapat.... Subhanallah...... patutlah hati aku tak sedap je time tu.... Walau pun pesakit tu berbangsa Cina, hati aku sedih juga mengenangkannya sebab dia satu wad ICU dengan bapa aku dan kadang2 jadi bahan ketawa aku dengan nurse2 ketika itu.... Ucapan takziah kepada keluarga mereka....

Yang belakang anak buah aku tulah arwah pakcik yang dari Raub, Pahang tu.... Masa ni dia baru lepas operation...

Cerita punya cerita, ada seorang lagi pesakit dalam wad ni pun dah meninggal pagi tadi dalam pukul 4.00 pagi.... tapi dalam wad ICU.... mereka dari Raub, Pahang..... Ni tengah cari nombor telefon bini arwah tu..... sakit batu hempedu.... dah operation.... dah masuk wad bapa ku balik semalam.... mungkin ada masalah kot masa operation, dia bleeding dalam perut dan dimasukkan dalam ICU semula.... malam tadi bila tanya nurse yang jaga dia time tu... rupanya dah meninggal.... Al-Fatihah untuk arwah tersebut.....

Today Is April Fool...

Cerita Pasal April Fool
Masa tu aku berada di asrama Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur.... Masa tu tingkatan 4... aku masuk bidang Pengurusan Perniagaan (Business Study).... bila masuk je sekolah ni orang akan memberikan tanggapan sekolah budak2 jahat.... yang jahatnye budak lain, tapi aku baik.... baiklah sangat.... sikit je, banyak juga yang jahat....
Bila cerita pasal April Fool, aku teringat kisah aku dgn senior aku yg tingkatan 5 tu... nama dia aku tak ingat dah... dia ada lembut2 sikit tapi bukan nyah tau.... setiap dorm ada seorang senior yg ditempatkan di dalam dorm budak tingkatan 4.... kononnye jadi ketualah.... tapi perangai sama je dgn kitaorang.... Malam April Fool tu dah dekat pukul 1 pagi.... semua dorm dah gelap sbb pukul 11 malam je semua diarahkan tutup lampu utk tidur... Senior aku ni tidur dekat sebelah tingkap.... kita orang masa tu dah tidur dah.... yang dia baru masuk bilik, ambil apa entah lepas tu pegi tidur bilik kawan2 dia kat blok lain..... masa dia masuk ke dalam tu dia nampak ada benda putih lalu luar tingkap yang dia nak tidur tu, dia ni kuat agama juga budaknye.... so dia buat tak tahulah... sebab kitaorang ni selalulah buat kerja menyakat macam ni, tak kira bulan apa pun.... 2 kali benda tu lalu.... dia malas nak layan jadi dia pun pegi kat katil tu dan nak tutup tingkap bilik.... Masa dia nak tutup tingkap tulah tangan dia dipegang dek benda putih tu, dia cakap benda tu pegang tangan dia rasa sejuk dr tangan sampai satu badan dan dia pengsan.... yang dia sedar dia dah dibawa ke balik rumah.... cuti seminggu sebab hilang semangat.... kesian2.... apa lah punya hantu....
Cerita pasal hantu ni aku banyak cerita tentang tu... pengalaman dari aku sendiri dan juga dari kawan2 terdekat... dari masa sekolah, universiti, sampailah masa bekerja.... nanti aku ceritakan dalam n3 akan datang.... jangan jadikan malam-malam anda diselubungi.... misteri.....

12 March 2009

Attention All Together... Meang... Meang....

HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM)

Pas Menunggu Pesakit - Mana dapat? Sebab apa? Siapa sakit? Sakit apa? Macamana keadaannya? Dah ok ke? Dah boleh balik rumah? Nak makan apa? Dan macam2 lagi soalannya...

Semua tu tadi sama ada ikhlas ditanya atau buat syarat je sebab nak tunjukkan keprihatinan diri kepada seseorang.... Aku dah masak dah dengan soalan2 tu.... tapi yang menanggungnya adalah aku.... telefon berdering2 (macam pakai telefon rumahlah pulak bunyinya..) tak... tak... aku tukar bunyinya kepada bunyi lagu 'LOW'... rancak sikit....

Aku sekarang terpaksa menghadkan masa untuk memblog aku untuk memberi ruang untuk aku berada di Hospital..... Sebenarnya bapa aku sakit dan berada di dalam wad sejak 9 Mac hari tu.... Puncanya dia mengadu sakit perut, perut keras, senak perut, demam, kulit dan mata kuning... dah sahlah ada kaitan dengan hempedu...... sebab dulu dia pernah dimasukkan ke wad sebab batu dalam hempedu 2 tahun lepas.... kemuadiannya pulih semula.... bila discan batu tersebut semakin mengecil..... dengan pengambilan ubat khas tersebut semuanya berjalan dengan lancar....

Pada 7 Mac (Sabtu) lalu, pukul 5 pagi aku dikejutkan oleh deringan phone aku dari mak aku, jantung aku dah mula berdengut laju.... apahal pulak ni.... sebab bapa aku sejak akhir2 ini tak berapa sihat..... mak aku cakap bapa aku sakit perut dan meresah tak dapat tidur.... badan dia lemah.... bapa aku minta untuk di hantar ke hospital untuk pemeriksaan..... sebelum ni bila kitaorang ajak pergi hospital langsung dia taknak pergi.... tapi pagi tu dia sendiri yang suruh mak aku bawa ke hospital.... serius ni.... aku dah tak senang duduk.... aku pulak dah janji dengan clien tengahari ni.... pukul 8 pagi aku call mak aku bertanyakan tentangnya.... mak aku kata dia dah ok semula.... senang hati aku..... tapi apa2 pun aku akan bawa juga ke hospital....

Sampai di Banting dah petang, bila tengok bapa aku dah tak larat nak bangun.... makan pun sikit.... tapi dia tenang je time tu.... bila nak ajak ke hospital dia mula malas nak pergi.... aku rasa mungkin salah makan.... tu punca perut dia sakit..... pagi pukul 3 tu dia mula muntah, tapi hitam... aku syak takut darah beku.... pukul 8 pagi aku call doktor keluarga aku untuk datang rumah.... setengah jam lepas tu doktor sampai.... pemeriksaan dibuat..... lepas tu dia panggil aku dan kakak untuk berbincang di luar bilik.... apa yang difahamkan berkemungkinan bapa aku ni ada pendarahan dalaman.... lagilah aku panik.... sampai macam tu sekali... sebelum ni sihat walafiat.... doktor syorkan hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut....

Kebetulan baris rumah aku ni ada jiran tu kerja kat Hospital Banting.... Jadi minta dia hubungi hospital untuk dapatkan khidmat ambulans.... Alhamdulillah dapat, sebabnya bapa aku dinasihatkan untuk baring kalau hantar dgn kereta terpaksa membongkok sedikit dan satu lagi dia tak dapat nak berjalan.... Dalam 15 minit tu ambulans sampai.... jiran2 dah penuh kat rumah bila dengar bapa aku sakit..... Aku yang tak pernah2 naik ambulans, ikut naik sekali.... Sampai hospital terus ke wad kecemasan.... sampel darah dan urin diambil... untuk test kat lab..... Dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang menunggu, keputusannya semuanya normal..... aku bukan nak merendahkan hospital daerah.... kalau tengokkan diaorang ni tak profesional langsung.... dengan keputusan yang ada diaorang takde alasan untuk memasukkan bapa aku ke dalam wad.... cuma dapat masuk air dalam badan sebotol dan antibiotik sahaja.... Bila ditanya tak perlu ke buat scan.... doktor tu boleh cakap hari Ahad, semua tutup untuk buat scan.... bullshitlah..... punya doktor.... boleh pulak cuti2.... pesakit bolehlah dibawa balik.... dengan kenderaan sendiri.... dia tak bagi pakai ambulans untuk bawa balik....

Aku contact balik jiran aku tu untuk minta tolong, jiran aku tu terus contact kawan dia, tak lama lepas tu ambulans dah stanby dengan lobi kecemasan.... pakai orang dalam lagi senang.... bullshit sekali lagi kat doktor tu.... Aku akan boikot terus Hospital Banting..... Dulu mak aku pun macam tu juga keputusan cantik je, bila bawa ke HUKM result nye pada dalam keadaan kritikal... nasib baik cepat.... Nanti aku ceritakan pasal mak aku pulak.... di lain entry.....

Pakat adik beradik untuk bersiap sedia apa2 sahaja kemungkinan bila di bawa ke HUKM.... diaorang ni memang profesional dan mempunyai pakar2 yang diikhtiraf...... Dan kitaorang ambil keputusan untuk membawa bapa aku pada pagi 9hb Mac 2009 ke HUKM.... Sesampai sahaja di HUKM tanpa berlengah kakitangan HUKM telah bersiap sedia untuk menerima sebarang pesakit.... diaorang telah sedia menunggu di depan lobi.... tak macam Hospital Banting, kita pulak kena cari attenden yang entah mana2 perginya....

Satu demi satu pemeriksaan di jalankan apa punca sehinggalah satu keputusan secara kasar menunjukkan sesuatu telah berlaku pada bahagian Penkreas bapa aku..... dari pukul 10.30 pagi aku sampai hingga pukul 7.00 petang (6 jam) barulah doktor boleh mengesahkan bahawa bapa aku perlu ditahan wad..... segala proses mencari apa punca penyakit aku lihat.... segala kerja2 scanning (x-ray, ct scan, ultrasound) aku ikut sebab aku seorang je yang berada di dalam kecemasan.... yang lain2 duduk di luar..... cukup aku puas hati dengan kerja kakitangan HUKM..... sama seperti kejadian yang menimpa mak aku tahun lalu.....

Jadi kepada follower2s aku, doakan kesihatan bapa aku sepanjang beliau berada di HUKM ini serta kesihatan diri aku juga untuk menjaga dan menguruskan bapa aku sekarang ni.... Aku akan update dari masa ke semasa tapi tak seperti dahulu.... Arios Amigos....

04 March 2009

Tawaran Habis....

Tawaran Hebat
Untuk iPhone 3G 8GB
Harap maklum... stok handphone iPhone 3G 8GB yang diiklankan tempoh hari telahpun habis.... Ini kerana ada pembeli membelinya secara banyak (kalau tak silap 12 unit).... Bagi mereka yang inginkannya lagi bolehlah menyimpan duit dalam tempoh yang akan diberitahu kelak.... Kemungkinan stok baru akan sampai tetapi tidak tahu tarikhnya bila.... Harap maklum.....
Siapa cepat dia dapat lepas ni.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...