Semalam aku pergi ke
HUKM untuk menjengok keadaan bapa aku di sana.... malam seperti biasa mak aku jaga bapa aku di wad... langsung tak nak berpisah.... aku cuma akan menjaga pada waktu siang tapi kadang2 ada juga malam bersama2 mak aku....
Pagi ni aku bertolak awal sedikit dalam pukul
10.00 pagi... itu pun mak aku suruah awal sikit sebab doktor akan bawa bapa aku untuk
scan ultra-sound.... untuk apa aku tak tahu, yang aku tahu untuk tengok paru2 dan hempedu....
Sampai di
HUKM, bapa aku baru sahaja balik semula di wad dengan mak aku.... hari ni keadaan bapa aku dalam keadaan normal dan sedar sepenuhnya... dan berborak seperti biasa.... macam semalam dia separuh sedar sebab doktor berikan antibiotik peringkat ketiga untuk pankreas dia....
Dalam setengah jam lepas tu
2 orang doktor datang untuk memeriksanya.... dan satu berita yang amat aku tak mahu dengar.... dari scan dijalankan didapati hempedu bapa aku tu masih mempunyai batu di dalamnya dan ianya telah pun terletak dan menyumbat saluran hempedu.... manakala hempedunya mempunyai nanah sebab salurannya telah tertutup dan mulai membengkak berdiameter
8 cm sekarang.... jadi satu keputusan akan di buat oleh pihak hospital untuk melakukan pembedahan dengan kadar segera....
Sempat bergambar dengan bapa aku sebelum doktor datang.... bapa aku releks je walaupun aku tahu dia risau... tengah buat senaman paru2....
Bila ditanya bila kadar segera tu? Doktor cakap samada hari ni atau esok pagi tapi seboleh2nya hari ni sebab OT (Operation Theater) tengah penuh buat masa ini dan tapi sekiranya dah clear nanti, bila2 dari sekarang diaorang boleh buat setelah mendapat persetujuan dari mak aku dan anak2... tapi sebenarnya keadaan bapa aku adalah di dalam kadar kritikallah juga... doktor khuatiri hempedu pecah dan nanah merebak dalam badan lagi besar kerja nanti.... mak aku dah menangis belakang aku... tapi aku respect bapa aku dia tenang je dengar.... aku sms adik beradik aku untuk mendapatkan kebenaran dan menerangkannya apakah risiko yang akan ditanggung selepas operation... semua setuju dan mak aku setuju dan bapa aku sendiri pun setuju.... satu borang kuning pun ditandatangani oleh bapa aku dan mak aku selaku isteri...
Yang ni kakak aku, atas aku je... pun sibuk nak bergambar.....
Nilah adik aku yang nombor 3 dan yang ke empat....
Jadi keputusan telah diambil dan pada bila2 masa sahaja mereka akan bawa bapa aku untuk menjalani operation... Masalah dalam operation ini bukan kerana pembedahan yang akan dilakukan tetapi tahap kemampuan pesakit itu untuk sedar semula selepas dibius, faktor utama sebab usia sudah 70 tahun, paru2 bapa aku tak kuat sebab masalah penkreas dan jantungnya tak stabil semasa dalam wad ICU tempohari... itu risikonya yang utama... sekiranya bapa aku kuat semangat dia akan sedar seperti sedia kala dan sekiranya tidak, nyawanya akan ditarik oleh malaikat... subhanallah.... mak aku dah tak berhenti2 menangis.... bapa aku pula sama sekejap2 dia meleleh air mata... tapi nampak dia kuatkan semangat.... adik beradik aku semuanya bergegas ke HUKM bila aku beritahu borang kuning dah ditandatangani.... Kakak aku dari KL, adik perempuan aku yang ke tiga dari Seremban dan sorang lagi adik perempuan aku dari Nilai....
Pukul 3.30 petang, semuanya dah berkumpul, tinggal yang dari Seremban belum sampai... dalam masa yang sama jiran aku dulu semasa di Banting pun sampai satu keluarga... dalam wad hari tu bapa aku sibuk bertanyakan keluarga dia ni.... akhirnya sampai juga setelah mak aku beritahu.... Masa tu bapa aku menangis bila tengok kitaorang berkumpul depan dia.... yang mententeramkannya adalah aku... tapi dalam aku dah lama menangis cuma aku try untuk tahan sebab taknak tunjukkan depan bapa aku.... aku try happykan dia... ajar dia bacaan ayat Al-Quran apa yang patut untuk dibawa dan suruh dia lafaskan.... semuanya lancar seperti biasa.... kejap2 lepas tu dia nangis lagi.... aku dah bergenang air mata....
Pukul 4.00 petang, pakar/doktor bius datang untuk membuat final check up untuk paru2 dan jantung.... satu kaedah memasukkan satu wayar dan tiub akan dibuat di mana benda2 ni akan melalui saluran darah dari bahagian lengan terus ke jantung bagi monitor pergerakan dan sebagainya semasa operation dijalankan.... sakit.... tapi bapa aku tenang je... mula2 tangan kiri tapi tak boleh, kemudian dicubanya sebelah kanan pun masih tak boleh, pindah pulak kat tangan kiri balik, pun masih tak boleh.... dekat 2 jam diaorang buat tapi tak berjaya....
Mak tengah menunggu dengan perasaan yang bercampur baur.... risau yang amat sangat.... tak pernah berpisah selama 43 tahun dengan bapa aku....
Tidur sekejap kononnya tapi aku malas nak kejut biar dia rehat dan tidur secukupnya.... Aku memang dah standby sleeping bag dalam beg camping aku untuk tidur kat hospital....
Pukul 8.00 malam, diaorang ambil keputusan untuk membawa juga bapa ke dewan bedah... di sana nanti akan ada pakar untuk memasukkan wayar2 dan tiub2 tersebut.... akhirnya mereka masukkan melalui urat di bahagian leher.... Bapa aku masuk pintu dewan bedah pukul 8.30 malam.... segala ajaran di dalam Islam aku ajarkan serba sedikit sebelum dibawa masuk.... setelah semuanya meminta maaf kat bapa aku, doktor pun dapatkan persetujuan aku.... maka bapa aku dibawa masuk dengan tenangnya.... barulah aku menangis setelah melihatnya masuk melalui pintu dewan tersebut.... Aku berserah kepada Allah untuk melicinkan perjalanan pembedahan tersebut.... Sampai di situ sahaja yang mampu aku buat... segalanya terserah kepadaNya...
Beginilah keadaan kawasan luar Dewan Bedah... anak buah aku dan akak aku dah pengsan dah kat bawah tu....
Aku masih ingat lagi pesan bapa aku semasa di Wad Surgeri 1 tadi sebelum dia di bawa ke Dewan Bedah, dia minta aku bacakan Surah Yassin untuk dia dan ambil air sembahyang dulu, kebetulan masa tu aku baru je selesai membacanya dan aku beritahu padanya yang Masjid Jamek Banting juga buat bacaan Surah Yassin untuk dia, sebab bapa aku ni dulu orang kuat masjid tersebut, terus dia menangis teresak2.... aku dah menitik air mata masa tu tapi aku control je.... aku cuba sembunyikan... aku tenangkannya semula....
Aku dan Izzat peneman setia di luar Dewan Bedah walaupun yang lain dah lama tidur.... kejap2 aku intai pintu keluar... kejap2 intai lagi... hati risau gila.... tu pun baru nak makan sejak semalam.....
Semasa di luar Dewan Bedah di kawasan luar, aku kumpulkan adik beradik aku dan anak buah mana yang ada... aku bagitahu mereka untuk bersiap sedia dari segi mental dan emosi untuk menerima apa2 kemungkinan yang buruk selepas pembedahan bapa aku, sekiranya berjaya Alhamdullillah tetapi sekiranya tidak berjaya perlu menerimanya dengan tabah dan tak payahlah untuk menyalahkan mana2 pihak... ajalnya telah sampai.... dan semasa aku membaca surah Yassin juga aku berniat dan berdoa "Agar sekiranya berjaya, panjangkan umurnya dan berikanlah kesihatan sepenuhnya kepada bapaku agar dia dapat beribadat kepadaMU, dan sekiranya berjaya tetapi dia akan menderita dengan penyakitnya, aku redha kepada Mu untuk engkau ambillah nyawa bapaku ini dan diletakkan di dalam orang2 yang beriman dan bertakwa serta masukkanlah bapaku di dalam syurga MU.... Ya-Allah..." Aku telah lama bersedia untuk perkara2 seperti ini sebab aku seorang sahaja lelaki di dalam keluarga, aku dah bersedia dari segi mental dan emosi berbanding adik-beradik aku yang lain....
Menurut doktar tadi, operation ini akan mengambil masa selama 3 jam dan selebihnya untuk mereka mencari serpihan batu di dalam mana2 saluran lain... Kejap je aku kata... Tapi bila tengok jam dah masuk 3 jam tapi takde apa2 berita... jam dah tunjuk pukul 11.30 malam.... ok... tengok jam lagi pukul 2.30 pagi (3/4/09 - Jumaat) tak juga keluar.... dah mula risau.... pukul 3.30 pagi tak juga, 4.30 pagi tak juga jadi aku intercom doktor di dalam bertanya macamana keadaan bapa aku, rupanya pukul 1.00 pagi tadi lagi dah selesai cuma sekarang diorang monitor BP (Blood Pressure) dia bagi stabil.... tidak ada apa2 masalah dalam operasi pembedahan... Alhamdullillah... lega rasanya, dan bila2 masa sahaja nanti di akan dibawa keluar.... aku beritahu mak aku pasal perkara tersebut.... semuanya lega... akhirnya pukul 5.30 pagi bapa aku diusung keluar dan diletakkan di Wad High Deficiency Unit (HDU), wad ni macam wad ICU juga... tak boleh menunggu, tak boleh ramai2... keluar masuk kena cuci tangan... Pembedahan mengambil masa selama 9 jam....
Inilah pintu yang membawa bapa aku keluar dari Dewan Bedah..... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....
Bapa aku dalam keadaan separuh sedar, bukan dalam keadaan koma macam mak aku tempohari.... bila diaorang dah setup semuanya, aku dan mak aku masuk dulu untuk melihat keadaannya... nampak stabil.... tapi dia dengar siapa yang ada.... Alhamdullillah... masa nak keluar tu nurse tu panggil aku dan berikan batu yang telah dikeluarkan dari hempedu bapa aku, dan sekarang ni bapa aku tidak lagi mempunyai organ hempedu seperti orang lain.... dibuang terus dari tempatnya...
Inilah batu yang telah menyebabkan bapa aku menderita selama ini.... akan aku simpan selama-lamanya.... buat kenangan... bapa aku belum lagi tengok... mungkin esok baru aku tunjukkan....
Semua orang aku arah balik berehat, aku dan anak buah aku Izzat tidur HUKM, standby manalah tahu kalau ada apa2 yang berlaku.... mana aku tidur..? Mula2 kat luar wad lepas tu lari tidur surau sebab nak masuk sembahyang Subuh.... sedar2 sudah pukul 8.30 pagi, kelang-kabut aku pergi ke wad bapa aku untuk melihat status dia sekarang.... nampak ok walaupun masih lagi hayal oleh ubat bius.... Pukul 11.30 pagi mak aku datang, aku belikan makanan kat mak aku, kemudian aku balik rumah kejap mandi2, siapkan apa yang patut untuk di bawa ke HUKM semula petang ni... dan aku coretkan sedikit pengalaman untuk blog aku 'Chilabaey' Spot' untuk dikongsikan bersama.... sekian, aku nak tidur kejap......
hOpefully sume nye akan kembali Ok...brO,anda sgt tabah..
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletesayu je baca
ingt kat arwah
huhuk
Alhamdulillah..
ReplyDeletesegalenye mcm berjalan lancar..
smoga cepat sembuh..
;)
To:intan.dayana - tq very much...
ReplyDeleteTo:Joegrimjow - memang sedih kalau kenangkannya...
To:Nadd - Moga2 semuanya berjalan lancar... TQ...